Berita Auto

Ford Fiesta Sport Van Kenderaan Komersial Bergaya

Ford telah memperkenalkan Fiesta Sport Van, model terbaru dalam barisan kenderaan komersialnya. Ia dibangunkan berasaskan Fiesta hatchback, van ini menawarkan pengangkutan bergaya, kompak dan ekonomikal untuk pelbagai jenis perniagaan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Fiesta Sport Van hadir dengan tiga pintu dan ruang kargo berkeluasan satu meter padu yang mampu menampung berat sehingga 500 kg. Ruang tersebut menampilkan kemasan trim tahan lama dan lantai getah dengan cangkuk.

ford-fiesta-sport-van (4)

Bahagian kabin pula menampilkan susun atur papan pemuka yang kelihatan tidak jauh berbeza dengan Fiesta. Antara kelengkapan yang ditawarkan adalah skrin sentuh 8 inci dengan sistem infotainment SYNC 3 yang boleh disambungkan kepada ciri Apple CarPlay atau Android Auto.

ford-fiesta-sport-van (3)

Sistem bantuan pemandu dan keselamatan pula terdiri daripada Pre‑Collision Assist dengan Pedestrian Detection, Adaptive Cruise Control, Blind Spot Information System, Cross Traffic Alert, Traffic Sign Recognition dan Adjustable Speed Limiter.

ford-fiesta-sport-van (2)

Dua jenis enjin ditawarkan iaitu enjin EcoBoost 1.0 liter dengan 125 PS dan enjin diesel TDCi yang menghasilkan 120 PS. Walaupun ia kenderaan komersial, pemilik masih boleh memilih untuk mendapatkan rim aloi 18 inci serta bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty. Roda stereng, pedal dan tombol gear dengan rekaan unik turut ditawarkan.

ford-fiesta-sport-van (5)

 

Previous post

Polestar 1 Takluk Bulatan Artik

Next post

Hyundai i20 Baharu Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *