Berita Auto

BMW Group Malaysia Rai Pengedar Pada Malam Anugerah

BMW Group Malaysia baru-baru ini telah menghoskan acara tahunannya, iaitu Malam Anugerah Pengedar untuk meraikan pencapaian pengeluar kenderaan premium ini yang berjaya memecahkan rekod lagi pada tahun 2017. Ini adalah kali ke-8 BMW Group Malaysia menghoskan Malam Anugerah Pengedar sejak tahun 2010.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Wakil pengedar tempatan yang berpencapaian tertinggi serta individu yang terlibat diberikan anugerah bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangan mereka yang membantu jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad terus berkembang pada tahun 2017.

Berucap sewaktu acara penganugerahan tersebut, Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Malaysia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pasaran utama dalam rantau ini bagi pihak BMW group dan pencapaian ini adalah mustahil tanpa sokongan padu daripada rangkaian pengedar kami. Pengedar kami serta wakil mereka membentuk titik sentuhan yang pertama bagi pelanggan kami yang ingin merasai pengalaman pemanduan jentera BMW yang dinamik dan berprestasi tinggi serta menikmati penawaran perkhidmatan dan program yang terbaik dalam industri ini supaya pengguna dapat mengalami pemilikan premium dengan selesa.”

Tambah Hoelzl, hubungan kukuh yang diterapkan dalam rangkaian pengedar pengeluar kenderaan premium ini telah mengorak sebuah langkah kejayaan, lantas membolehkan BMW Group Malaysia merealisasikan visinya di seluruh Malaysia.

“Rakan niaga yang kami hargai juga membolehkan syarikat ini berkembang pesat dalam industri automotif di negara ini, lalu membuka peluang untuk kami mengukuhkan kedudukan dengan teknologi permotoran yang canggih. Pemenang anugerah ini benar-benar membuktikan kebolehan mereka pada hari ini dan saya ingin bekerjasama dengan mereka untuk terus mengorak langkah kejayaan sekali lagi pada tahun yang akan datang,” ujar Hoelzl.

BMW Group Malaysia mempunyai 20 pengedar BMW, 11 pengedar MINI dan 10 pengedar BMW Motorrad di seluruh Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan BMW, MINI dan BMW Motorrad di dalam negara. Liputan pengedaran mereka yang tiada tandingannya menunjukkan komitmen mereka untuk memberikan pelanggan di Malaysia pilihan dan kemudahan terbaik bagi kenderaan BMW dan MINI yang mereka miliki.

Previous post

Mungkinkah Ini Proton Preve Yang Baharu?

Next post

Porsche 911 GT3 RS Catat 6:56.4 Minit di 'Neraka Hijau'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *