Motosikal / Lain Lain Roda

Beli Minyak Pelincir Shell Advance dan Menangi Ducati Monster 797

Sekiranya anda mengimpikan untuk memiliki sebuah jentera Ducati, inilah peluang anda untuk memenanginya! Shell Advance menawarkan Ducati Monster 797 bernilai RM56,000 sebagai hadiah utama bagi Peraduan Beli & Menang Pengguna Shell Advance tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Peraduan ini, yang diadakan bermula 1 April hingga 31 Mei 2018, turut menyediakan dua pasang kaca mata hitam berjenama Oakley sebagai hadiah untuk dua orang pemenang pada setiap minggu. Keputusan peraduan ini akan diumumkan di laman Facebook Shell (www.facebook.com/Shell) dan laman web rasmi Shell Malaysia (www.shell.com.my).

Untuk menyertainya, anda hanya perlu membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 (tidak termasuk GST) dalam satu resit dari mana-mana bengkel berjenama Shell Advance, bengkel-bengkel persendirian yang mengambil bahagian atau Gedung Rasmi Dalam Talian di Lazada Malaysia. Jawab satu soalan mudah, ambil gambar resit anda dan hantar penyertaan anda melalui WhatsApp (018-3791326) atau email ke contest@lubespromo.com.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants May Tan, promosi tersebut adalah bertujuan untuk memberi ganjaran kepada para penunggang bijak yang memilih untuk meletakkan kepercayaan mereka pada Shell Advance bagi perlindungan lengkap enjin motosikal mereka.

“Dengan Shell Advance, anda boleh redah segala yang tidak dapat diduga dan berani mengejar impian anda. Bagi ramai penggemar motosikal dan peminat MotoGP, ianya adalah untuk memiliki sebuah jentera Ducati dan kami ingin membantu menjadikannya satu realiti,” katanya.

Previous post

Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Next post

Ford Focus Generasi Keempat Tampil Dengan Enjin dan Teknologi Terkini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *