Motosikal / Lain Lain Roda

AGV Perkenal Topi Keledar Sportmodular Baharu

AGV telah memperkenalkan rangkaian topi keledar terbarunya yang dikenali sebagai Sportmodular. Apa yang menarik tentang topi keledar ini adalah ia menggunakan cengkerang yang diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon, selain menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang sebelum ini hanya terdapat pada model Pista GP-R yang dipakai oleh Valentino Rossi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut AGV, Sportmodular didatangkan dengan bidang pandangan 190 darjah dan sistem pengudaraan modular boleh laras untuk memastikan pengguna tidak mengalami kepanasan. Berat keseluruhan topi keledar ini adalah kira-kira 1,295 gram.

Selain itu, topi keledar ini turut didatangkan dengan lapisan (lining) dalaman yang bukan sahaja boleh ditanggalkan, malah boleh diterbalikkan untuk penggunaan ketika cuaca sejuk atau panas. Ia juga dilengkapi dengan kancing D-ring yang diperbuat daripada titanium dan sistem kunci visor yang sama seperti topi keledar Pista dan Corsa.

AGV Sportmodular ditawarkan dengan tiga saiz cengkerang berbeza dan boleh didapati dalam saiz XXS hingga XXXL. Harga bagi pasaran Amerika Syarikat bermula dari $750 hingga $850 (RM2,900-RM3,200) bergantung kepada warna dan corak.

Previous post

Subaru XV Semua Baharu Kena Tunggu Dua Bulan Baru Dapat

Next post

Senarai-Tunggu Toyota Harrier Kini 8-10 Bulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *