Cerita Auto

Volkswagen Golf Facelift Masuk Pasaran Malaysia

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan barisan model Golf facelift yang ditawarkan dalam empat varian iaitu Sportline, R-Line, GTI dan R. Tempahan bagi varian-varian ini juga dibuka mulai hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sportline & R-Line

SAM_2380

Golf 1.4 TSI kini boleh didapati dalam dua varian iaitu Sportline dan R-Line. Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin turbo 1.4-liter TSI yang dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan, memberikan kuasa berjumlah 150 PS dan 250 Nm dari 1,500 hingga 3,500 rpm.

SAM_2394

Varian R-Line didatangkan dengan upholsteri kulit ‘Vienna’, rim aloi ‘Singapore’, paparan Active Info Display 12.3 inci, skrin infotainment 8 inci dengan App-Connect serta lampu LED dengan fungsi Static and Dynamic Cornering Lights.

SAM_2384

Harga bagi Sportline bermula dari RM155,990 manakala R-Line berharga RM169,990.

GTI

SAM_2389

Varian yang terkenal ini mempunyai 230 PS dan 350 Nm dari 1,500 hingga 4,600 rpm yang dibekalkan oleh enjin turbo 2.0 TSI yang dipadankan dengan transmisi DSG enam kelajuan.

SAM_2390

Antara kelengkapan standard yang ditawarkan termasuklah, lampu LED dengan Dynamic Cornering Lights, lampu belakang LED dengan Dynamic Indicators, tempat duduk kulit ‘Vienna’, rim aloi Milton Keynes bersaiz 18 inci, Active Info Display 12.3 inci serta paparan media 8 inci dengan App-Connect. Turut disertakan ciri Adaptive Chassis Control (DCC) dengan pemilih mod pemanduan.

SAM_2400

Golf GTI boleh menjadi milik anda pada harga RM239,990.

R

SAM_2353

Sebagai varian paling berkuasa, Golf R dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 TSI yang menghamburkan 290 PS dan 380 Nm dari 2,000 hinga 5,400 rpm. Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi DSG tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Motion.

SAM_2370

Seperti GTI, ia dilengkapi dengan lampu LED dengan Dynamic Cornering Lights dan lampu belakang LED dengan Dynamic Indicators, rim aloi ‘Pretoria’ bersaiz 19 inci dan upholsteri kulit ‘Vienna’. Selain dari Active Info Display, hot hatch ini turut mempunyai skrin Discover Pro 9.2 inci dengan App-Connect dan kawalan isyarat.

SAM_2361

Harga bagi Golf R bermula dari RM295,990.

Previous post

Volkswagen Arteon Terima Pakej R-Line

Next post

Enjin Diesel Mungkin Saja Kembali

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *