Cerita Auto

Top Gear Hasilkan Traktor Terpantas Dunia

Rancangan Top Gear sememangnya terkenal dengan aksi gila-gila yang mampu menarik minat sesiapa sahaja termasuk mereka yang bukan peminat kereta. Terbaru, rancangan terbitan BBC itu telah menempa nama dalam Buku Rekod Dunia Guinness dengan traktor terpantas dunia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Digelar sebagai ‘Track-tor’, jentera yang dikemudi oleh The Stig itu berjaya mencapai kelajuan maksimum 140.3 km/j di Bruntingthorpe Proving Ground, Leicestershire, mengalahkan pemegang rekod sebelum ini dengan perbezaan 10 km/j.

Perlu diingatkan bahawa kelajuan tersebut adalah kelajuan purata yang diperoleh melalui dua percubaan. Pada percubaan pertama, Track-tor mencecah kelajuan 147.92 km/j namun ia hanya mampu mencapai 132.96 km/j pada percubaan kedua.

Sudah tentu, traktor yang digunakan sudah melalui beberapa proses modifikasi bagi membolehkannya beraksi. Selain dari enjin Chevy 5.7-liter V8 yang menghasilkan 500 hp, jentera itu juga dilengkapi dengan empat brek cakera dan suspensi udara boleh laras.

Previous post

McLaren Senna GTR Habis Dijual

Next post

Audi RS5 Sportback - 444 HP, 600 Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *