Cerita Auto

Mercedes-Benz CLA Shooting Brake Night Edition

Mercedes-Benz telah memperkenalkan CLA Shooting Brake Night Edition yang akan dipamerkan di Geneva Motor Show 2018 tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Night Edition merupakan pakej penggayaan yang boleh digabungkan dengan mana-mana varian CLA Shooting Brake. Ia merangkumi apron A-wing hadapan, skirt sisi, apron belakang serta rim aloi 18 inci. Lampu hadapan LED High Performance dan lencana Edition pada bahagian sisi turut disertakan.

Bahagian dalaman dihiasi dengan kemasan karbon dan upholsteri kulit Artico bertemakan warna hitam dan putih. Karpet turut menampilkan tema yang sama serta tulisan ‘Edition’.

Pelanggan yang inginkan penampilan lebih garang boleh memilih rim AMG berwarna hitam yang ditawarkan secara pilihan di bawah Night Package. Pakej Night Edition Starlight pula menambah jeriji bermotifkan berlian dan rim aloi dalam warna kelabu titanium.

Menurut Mercedes-Benz, varian Night Edition bagi CLA Shooting Brake ditawarkan dengan harga tambahan sebanyak 2,650 Euro (RM12,730).

 

 

Previous post

Pek Grafik Baharu Jaguar F-Type SVR

Next post

Volvo XC40 Dinobat European Car of the Year 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *