Berita Auto

Kerjasama Ford-Mahindra Akan Menghasilkan SUV Baharu

SUV baharu hasil perkongsian Ford-Mahindra akan datang selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk membangunkan model bersama-sama sebuah kenderaan elektrik. Perjanjian itu merupakan sebahagian daripada perkongsian yang lebih besar antara kedua-dua jenama yang telah wujud sejak kedua-dua merasmikan perikatan itu September 2017 lalu. Butir-butir spesifik mengenai crossover yang dirancang masih belum jelas tetapi apa yang pasti ianya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan perancangan kenderaan masa depan Ford sendiri dalam segmen ini. Sebaliknya, SUV yang dibangunkan bersama ini adalah untuk membantu Ford membina semula jejaknya di pasaran India.

Takeaway terbesar dari lima memorandum perjanjian yang ditandatangani Ford dan Mahindra ialah SUV yang kedua-dua jenama itu akan bangunkan bersama. Tidak jelas bagaimana tenagab buruh akan secara khusus dikongsi antara kedua-dua jenama, tetapi difahamkan bahawa Ford akan melakukan kebanyakan kerja-kerjanya menggunakan banyak peralatan Mahindra, termasuk platform yang modelnya akan gunakan. Ini bermakna gergasi auto India akan akan terlibat dalam pembangunan Ford Bronco 2020. Apa yang kita tahu, pada ketika ini, perkongsian khusus ini akan menghasilkan sepasang model yang akan dijual secara berasingan sebagai dua model berasingan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tambahan kepada SUV yang dirancang, kedua-dua pihak juga bersetuju bergabung membangunkan sebuah kenderaan elektrik. Sekali lagi, butiran masih keruh pada masa ini, tetapi model EV ini boleh membuka jalan untuk kemasukan Mahindra ke pasaran A.S., sama ada melalui nama sendiri atau melalui  sub-jenama Pininfarina. Perlu diingat bahawa Mahindra sudah mempunyai ibu pejabat di Detroit, Michigan.

 

Previous post

Adakah Evoque Convertible Akan Datang Ke Malaysia?

Next post

NEW X3 BMW Akan Datang April Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *