Cerita Auto

“Jangan Sama Sekali Sebut Tidak Sama Sekali; Kereta Prestasi Adalah Baik Untuk Audi. “

Pengurusan Audi telah menyatakan bahawa tiada penggantian yang dirancang untuk supercar R8 mereka selepas model semasa habis. Audi baru sahaja mengeluarkan pemacu roda belakang R8 RWS, dan terdapat R8 berkuasa V6 yang akan datang. Kereta itu akan menggunakan enam silinder 2.9 liter, dua turbo berkembar yang sudahpun digunakan RS4 Avant, RS5, Porsche Panamera dan Cayenne.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kejayaan jualan R8 V6 baharu akan menentukan nasib R8. Ini bukan kali pertama berita mengenai kemungkinan kematian R8 diumumkan. Disember lepas mereka melaporkan bahawa R8 akan “dihentikan pada tahun 2020” apabila Lamborghini Huracán baru tiba; R8 dan Huracán berkongsi platform yang sama dan dibina bersama-sama di kilang Audi Neckarsulum, Jerman.

Mereka mahu membina kereta seperti  E-Tron GT empat pintu pada tahun 2020. Pengurusan Audi ingin menumpukan perhatian dan mengharapkan ‘serangan kereta elektrik’ mereka akan memberi kesan terhapap saingan mereka.

 

Previous post

Warna Kereta Yang Mana Paling Bernilai Di Pasaran Kereta Terpakai?

Next post

The Art of Performance Tour Jaguar Di Setia City Convention Centre

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *