Gaya Hidup

BMW Group Malaysia Memperkenalkan Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan aplikasi mudah alih, BMW Group Loyalty+ yang membolehkan ahli setia BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Club mengakses keistimewaan mereka di mana-mana sahaja. Aplikasi kesetiaan baharu ini akan mewujudkan integrasi e-bayaran, perkhidmatan pembiayaan, dan akses kepada acara istimewa serta pengalaman mewah melalui cara yang lebih mudah dan lancar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Dengan aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+, kami mahu mendigitalkan produk, perkhidmatan dan titik sentuh kami supaya hubungan yang lancar dapat diwujudkan dengan kesemua pelanggan kami. Perihal ini sejajar dengan reputasi kami sebagai peneraju digitalisasi dalam industri automotif premium.”

Apabila pengguna log masuk ke dalam aplikasi ini, halaman capaian akan dipaparkan lalu mereka boleh meneliti dan membuat pilihan di ruangan menu. Terdapat beberapa fungsi pilihan seperti; akses kepada kad kesetiaan dan penggunaan teknologi imbasan QR yang membolehkan pelanggan menggunakan kad kesetiaan mereka terus dari peranti mudah alih atau telefon pintar mereka. Aplikasi ini juga akan membekalkan pengguna dengan informasi yang terkini berkenaan tawaran keistimewaan pelanggan dan acara yang menarik.

BMW Group Malaysia Introduces the BMW Group Loyalty+ Mobile App (2)

Selain itu, maklumat pembiayaan pengguna juga boleh diuruskan dengan mudah dan cepat melalui aplikasi ini. Pelanggan akan mempunyai akses segera terhadap semua kontrak mereka dan transaksi boleh dilakukan dengan mudah melalui e-bayaran—kemudahan pembayaran ini adalah ihsan BMW Group Financial Services Malaysia.

Pengguna juga boleh mengesan lokasi pengedar dengan mudah melalui fungsi peta yang disediakan. Tambahan lagi, berita dan perkembangan terkini mengenai model kenderaan terbaharu daripada BMW Group boleh didapati melalui aplikasi tersebut.

Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ kini terdapat di Apple App Store dan Google Play Store.

BMW Group Malaysia Introduces the BMW Group Loyalty+ Mobile App (3)

Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia juga merangkumi:

  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 4 Tahun oleh MINI serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.
  • Ultimate Protection Program+ (UPP+) ihsan BMW Financial Services Malaysia dan ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd.
  • Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card, MINI Black Card dan keahlian program BMW Excellence Club.
  • Servis Atas Talian oleh BMW dan MINI.
Previous post

ŠKODA Kembali Ke Singapura

Next post

SDAP Memperkenalkan 3 Unit Porsche 911 GT3 Exclusive Manufaktur

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *