Berita Auto

50 Pelanggan Pertama Terima Toyota C-HR

UMW Toyota Motor (UMWT) telah menyerahkan 50 unit Toyota C-HR serba baru kepada pemilik terawalnya dalam sebuah acara yang berlangsung di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Jurutera Toyota C-HR, Takatomo Suzuki.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bercakap pada acara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, penyerahan 50 unit C-HR kepada pemiliknya juga menandakan pengenalan secara rasmi model berkenaan untuk pasaran tempatan.

“Sejak mula dipertontonkan tahun lalu, minat yang ditunjukkan terhadap C-HR sangat menggalakkan. Setakat ini, kami telah menerima sebanyak lebih kurang 1,500 tempahan dan disebabkan ia merupakan model yang begitu unik dan bermakna, kami ingin ambil kesempatan untuk menyerahkannya sendiri kepada 50 pemilik terawal kami,” ujar beliau.

CHR_3

Sejak pengenalan diperingkat global, C-HR menerima sambutan hangat di semua pasaran di mana ia telah dilancarkan. Selain penampilan yang unik dan menarik, model ini menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang kini telah banyak digunakan pada model-model baru Toyota.

Untuk pasaran Malaysia, C-HR diperkenalkan hanya dalam satu varian, dengan enjin 1.8 liter petrol yang digandingkan bersama transmisi Sequential Shiftmatic CVT 7-kelajuan. Ciri-ciri keselamatannya termasuk ABS sebagai standard, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) serta Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM). C-HR juga dilengkapi ciri Brek Parkir Elektrik dan Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC) untuk mengelakkannya daripada mengundur ketika mula bergerak di permukaan curam.

CHR_2

Rekaan dalaman C-HR menampilkan konsep yang sama sekali berbeza berbanding model-model Toyota yang sebelumnya; ia menggabungkan penggayaan moden dengan fungsi termaju.

Bahagian pemandu menerapkan perincian inovatif dan teknologi intuitif dengan meter Optitron 4.2- inci berwarna dengan Paparan Pelbagai Maklumat (MID). Bagi yang gemar memandu, turut tersedia ialah ciri G-monitor yang akan memaparkan kadar daya-G ketika kenderaan berada dalam selekoh, memecut dan mengurangkan kelajuan.

Previous post

Enjin Diesel Mungkin Saja Kembali

Next post

Toyota Alphard dan Vellfire Dipertingkat Untuk 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *