Cerita Auto

Volvo XC40 Kini Dengan Enjin Drive-E 3 Silinder

Volvo telah melancarkan enjin Drive-E tiga silinder baharu bagi XC40. Ia merupakan enjin tiga silinder yang pertama bagi jenama itu sejak penubuhannya 91 tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bersesaran 1.5 liter, enjin petrol tersebut dibangunkan sendiri oleh Volvo menggunakan reka bentuk modular yang sama dengan enjin Drive-E empat silinder yang lain. Ia didatangkan dengan transmisi enam kelajuan namun boleh juga dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan bermula tahun hadapan.

?????????????????????????

Sejajar dengan strategi Volvo untuk terus meningkatkan skala ekonomi, enjin baharu itu akan dikeluarkan di kilang yang sama dengan enjin yang lain.

Selain itu, XC40 juga boleh didapati dengan enjin sedia ada iaitu diesel D3 dengan 150 hp dan T4 petrol dengan 190 hp.

Previous post

Syarikat Dari India Hasilkan Motosikal Elektrik

Next post

Enzo Ferrari Dilahirkan 120 Tahun Lalu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *