Cerita Auto

Toyota Avanza 1.5X Dibuka Untuk Tempahan Dengan Harga RM82,700

UMW Toyota Motor telah membuka tempahan untuk Toyota Avanza 1.5X yang dijual pada harga RM82,700 (tidak termasuk insurans, pendaftaran persendirian di Semenanjung).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Varian terbaru ini didatangkan dengan rekaan lebih ranggi. Bampar depan dan belakang mempunyai kemasan hitam serta perak, begitu juga dengan kemasan hitam pada lengkungan ruang tayarnya yang memberikan perlindungan daripada serpihan ketika di jalan raya.

Pelekap bahagian sisi juga turut menyumbang kepada imej segar yang dibawa, di samping memberikan perlindungan kepada cat pada badan kenderaan. Gabungan reflektor pada bahagian belakang pula disepadukan dengan lampu untuk sentuhan yang lebih bergaya. Turut ditawarkan sebagai aksesori pilihan ialah hiasan pada bumbung serta rim aloi 16-inci dengan rekaan unik.

Varian terbaru ini masih kekal sebagai sebuah kenderaan MPV untuk kegunaan keluarga dengan kemampuan untuk menampung tujuh penumpang dengan tiga barisan tempat duduk. Untuk memudahkan urusan membawa penumpang atau barangan, tempat duduk barisan kedua dan ketiga dibahagi kepada dua seksyen sekata yang boleh dilipat untuk mendapatkan ruang kargo tambahan jika perlu.

Selebihnya, tumpuan diberikan untuk memastikan keselesaan penumpang. Sebagai contoh, sistem pendingin hawa dengan corong kedua kedua yang terletak pada bahagian siling memastikan udara sejuk dapat dinikmati oleh penumpang dibarisan ketiga.

Avanza Rear View

Pelanggan yang ingin menaiktaraf sistem infotainmen boleh berbuat demikian dengan memilih sistem DVD-AVX atau DVD-AVN. Kedua duanya hadir dengan skrin sentuh yang besar lengkap dengan paparan kamera undur. Bagi unit DVD-AVN, ia turut dilengkapi dengan pelayar internet (memerlukan sambungan WiFi) dan sistem tunjuk arah GPS.

Semua varian Avanza termasuk 1.5X terbaru ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang merangkumi dua beg udara di bahagian depan, tali keledar 3-poin di setiap tempat duduk serta dua tapak ISOFIX pada barisan kedua untuk membolehkan pengguna memasang kerusi keselamatan kanak-kanak.

Semua model Toyota kini datang dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan yang turut sah bagi pemilik seterusnya kenderaan itu, asalkan ia masih berada dalam tempoh lima tahun jaminan.

Avanza 1.5X akan mula dipamerkan bermula 24 Februari ini ketika acara hujung minggu Toyota Weekender di semua bilik pameran Toyota terlibat. Untuk pertanyaan lanjut, layari laman toyota.com.my.

Previous post

Pandu Uji: Peugeot 3008 Generasi Kedua

Next post

Barisan Isuzu D-Max Dipertingkatkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *