Berita Auto

Shell FuelSave Diesel Euro 5 Dilancarkan di Sarawak

Pemilik kenderaan diesel di Sarawak kini boleh merasai kehebatan Shell FuelSave Diesel Euro 5. Ia buat masa ini boleh didapati di stesen-stesen Shell di Bintulu dan akan diikuti dengan bandar besar lain iaitu Miri, Kuching dan Sibu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengarah Urusan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, “Pelancaran ini seiring dengan strategi kami untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan inovatif, memanfaatkan kepimpinan kami dalam teknologi bahan api.”

Shell FuelSave Diesel Euro 5 diformulasikan dengan Teknologi DYNAFLEX yang membantu membersihkan dan melindungi komponen seperti penyuntik bahan api. Ia juga sesuai untuk enjin diesel moden yang memerlukan sulfur yang rendah dengan bacaan 10 mg/kg.

 

Previous post

Renault Zoe R110 Dengan 107bhp Akan Datang

Next post

3-Eleven 430 Jentera Lotus Paling Ekstrem

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *