Berita Auto

Penggantian Alat Ganti Segera Mitsubishi ASX, Lancer Dan Outlander

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, telah meminta pemilik Mitsubishi Lancer dan Outlander, yang diimport dari Jepun dan ASX yang dipasang secara tempatan untuk menggantikan relay kawalan enjin kenderaan mereka. Jumlah kereta yang terjejas ialah kira-kira 5,000 unit.

Relay melindungi ECU enjin dari lonjakan voltan secara tiba-tiba. Jika ia tidak diganti, bahagian geganti dalaman mungkin gagal dan seterusnya mempengaruhi fungsi ECU enjin.

Secara berasingan, MMM juga akan mengadakan Field Fix Campaign untuk menggantikan inflator beg udara sisi penumpang untuk 115 unit Pajero Exceed yang dihasilkan dari Mac 2010 – Julai 2012.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sesetengah beg udara sisi penumpang boleh melepaskan serpihan logam apabila digunakan menyebabkan kecederaan kepada penghuni depan. Perlaksanaan ini adalah sebahagian daripada kempen penarikan airbag Takata di seluruh dunia.

Untuk senarai pusat servis dan maklumat lanjut, sila layari: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Careline Pelanggan mereka di 1800 18 8161 (9 pagi – 5 petang, Isnin hingga Jumaat tidak termasuk hari cuti umum).

 

Previous post

Kia Dalam Senarai 5 Teratas Kajian J.D Power 2018

Next post

Perodua Myvi Baharu Di Galeri Motor Daihatsu Osaka Jepun

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *