Berita Auto

Naza dan Groupe PSA Tubuhkan Hab Pengeluaran Kereta di ASEAN

Naza Corporation Holdings dan Groupe PSA telah mengumumkan perjanjian penjualan saham serta usahasama dalam operasi kilang Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah sebagai hab pengeluaran pertama Groupe PSA di rantau ASEAN.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perjanjian itu menyaksikan Groupe PSA sebagai pemegang majoriti saham dalam operasi bisnes NAM manakala Naza Group bertanggungjawab untuk mengedar kenderaan jenama Peugeot, Citroen dan DS Automobiles bagi pasaran domestik dan ASEAN. Pengilangan kereta jenama-jenama tersebut akan dikendalikan secara bersama oleh kedua-dua entiti.

Pelaburan Groupe PSA dalam NAM juga akan dilihat pelaksanaan platform modular EMP2 yang didedikasikan untuk kenderaan segmen C dan D. Laporan mengatakan bahawa Groupe PSA dan NAM bakal mengeluarkan dua model SUV iaitu Peugeot 3008 dan Citroen C5 Aircross.

Beroperasi sejak 2004, NAM mempunyai tenaga kerja seramai hampir 450 orang dengan kapasiti pengeluaran sehingga 50,000 unit kenderaan setahun.

 

Previous post

Mercedes-Benz dan NZ Wheels Buka Klang Autohaus

Next post

Ford F-Series Adalah Pikap No.1 Dunia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *