Berita Auto

Mercedes-Benz dan NZ Wheels Buka Klang Autohaus

Mercedes-Benz Malaysia dan NZ Wheels hari ini merasmikan pembukaan Klang Autohaus yang telah dinaik taraf di Jalan Kapar, Klang. Ia juga menampilkan pusat kereta terpakai Proven Exclusivity berasingan yang pertama di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan pelaburan berjumlah RM6 juta, Klang Autohaus yang berukuran 320 ribu kaki persegi itu mematuhi konsep Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) dengan identiti korporat terbaru Mercedes-Benz.

NZW-00190b Panorama

Pusat 3S itu mempunyai bilik pameran yang mampu memuatkan sehingga 17 buah kenderaan termasuk tiga model AMG di bawah AMG Performance Centre. Ia diuruskan oleh 70 orang kakitangan dari pelbagai bahagian termasuk jualan, teknikal dan alat ganti. Pusat servisnya pula menempatkan 30 ruang servis dengan kapasiti untuk menyelenggara sehingga 650 buah kenderaan sebulan.

NZW-00256-Final

Klang Autohaus juga dilengkapi dengan i-Showroom di mana penggunaan skrin sentuh digital membolehkan pelanggan memahami ciri-ciri produk dan proses jualan Mercedes-Benz dengan lebih baik. Turut disediakan untuk kemudahan pelanggan adalah ruang rehat Star Lounge dan khidmat Service Differentiation.

NZW-00172b-Final

Klang Autohaus terletak di Lot 1385, Wisma NAZA, Jalan Kapar, Batu 2, Kawasan 19, 41400 Klang.

 

Previous post

Nissan X-Trail Adalah SUV Paling Popular Dunia

Next post

Naza dan Groupe PSA Tubuhkan Hab Pengeluaran Kereta di ASEAN

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *