Cerita Auto

Mercedes-AMG GT Coupe ke Geneva Motor Show 2018

Acara Geneva Motor Show 2018 pada bulan Mac ini bakal menyaksikan kemunculan pelbagai model baru dan antaranya adalah kereta sport terbaru dari Mercedes-AMG yang dikenali sebagai GT Coupe.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model ini direka berasaskan GT Concept yang diperkenalkan pada acara yang sama tahun lalu. Imej yang didedahkan oleh Mercedes-AMG sendiri menunjukkan jeriji dengan batang menegak dan bukaan yang besar di bawahnya.

?????????????????????????????????????????????????

Model ini mempunyai garis bumbung yang menjunam di bahagian belakang, secara tidak langsung memberikan profil sisi yang agresif. Bahagian belakangnya dilihat mempunyai rekaan tipikal Mercedes-Benz coupe dengan empat lubang ekzos menandakan tahap prestasi yang ditampilkan.

?????????????????????????????????????????????????

Bercakap tentang prestasi, Mercedes tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai enjin namun laporan mengatakan GT Coupe dijana enjin 4.0-liter V8 dengan 600 hp. Versi hibrid dengan kuasa kira-kira 100 hp mungkin turut diperkenalkan.

 

Previous post

Hyundai Kona Elektrik Akan Diperkenalkan 27 Februari Ini

Next post

Aku Punya Lagi Baik Dari Awak Punya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *