Berita Auto

Lexus RC F dan GS F Versi Ulangtahun ke-10

Lexus telah memperkenalkan dua model edisi terhad sempena ulangtahun ke-10 barisan F iaitu GS F dan RC F. Kedua-duanya akan dipamerkan buat pertama kali di Chicago Auto Show 2018 pada bulan ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Transformasi bagi kedua-dua jentera berprestasi tinggi ini bermula dari luar dengan warna matte Nebula Gray. Ia merupakan kali pertama cat matte digunakan pada model pengeluaran selepas LFA. Warna tersebut diserlahkan lagi dengan rim 19 inci berwarna hitam yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport PS dan angkup brek biru yang tersembunyi di sebaliknya.

2018-lexus-gs-f-10th-anniversary

Warna biru juga digunakan untuk menghiasi segenap ruang kabin bagi kedua-dua model. Setiap model didatangkan dengan plak yang mengesahkan statusnya sebagai model edisi terhad. RC F terhad kepada 240 unit (sama dengan bilangan pengedar Lexus di Amerika Syarikat) manakala GS F terhad kepada 100 unit.

2018-lexus-gs-f-10th-anniversary (1)

Kedua-dua model menggunakan rangkaian kuasa sama yang terdiri dari enjin 5.0-liter V8 dengan 467 hp, transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan roda belakang. RC F memerlukan 4.4 saat untuk memecut dari 0 hingga 96 km/j, manakala GS F sebagai sebuah sedan memerlukan 4.5 saat.

2018-lexus-rc-f-10th-anniversary (2)

2018-lexus-rc-f-10th-anniversary (1)

2018-lexus-rc-f-10th-anniversary (3)

 

Previous post

SUV Aston Martin On The Way

Next post

Honda Odyssey Kini Dilengkapi Dengan Teknologi Keselamatan Honda Sensing

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *