Cerita Auto

Kereta Konsep Subaru VIZIV Tourer

Apa yang anda lihat ini adalah sebahagian daripada kereta konsep Subaru VIZIV yang akan membuat penampilan di acara Geneva Motor Show pada 6 Mac nanti.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bermula di acara yang sama pada tahun 2013, Subaru sebelum ini telah menghasilkan lima kereta VIZIV dengan konsep crossover, hibrid, prestasi dan tujuh tempat duduk.

Menurut pengeluar dari Jepun itu, VIZIV versi keenam bakal menampilkan reka bentuk ‘tourer’ atau ‘wagon’, jadi besar kemungkinan ia akan menjadi pratonton kepada Levorg generasi seterusnya.

Ini kerana Levorg yang merupakan sebuah wagon saiz pertengahan telah berada dalam pasaran sejak empat tahun lalu. Ia menggunakan platform yang sama dengan Impreza, Legacy dan WRX.

 

Previous post

Mengapakah Proton Masih Pedulikan PEKEMA?

Next post

Bila Kereta Membesar Tetapi Jalannya Tidak

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *