Berita Auto

Isuzu Kekal Sebagai Pilihan No. 1 Malaysia Untuk Kenderaan Komersial

Isuzu Malaysia menyambut kedatangan tahun 2018 dengan penuh bersemangat apabila dicatatkan sebagai jenama pilihan No. 1 di Malaysia untuk segmen kenderaan komersial. Kedudukan di tangga teratas ini telah berjaya diraih selama empat tahun berturut-turut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun berhadapan dengan pasaran yang tidak menentu, di samping penurunan nilai matawang ringgit yang mengakibatkan kenaikan harga, Isuzu Malaysia bukan sahaja masih dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai jenama pilihan No. 1 untuk kenderaan komersial, malah berjaya meraih 13% bahagian pasaran dalam segmen pikap, selain dari peningkatan jualan sebanyak 20% untuk alat ganti selepas-jualan.

Berdasarkan maklumat jualan keseluruhan yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Persatuan Automotif Malaysia (Malaysian Automotive Association), didapati trak Tugas Ringan Isuzu ELF masih menjadi pilihan utama, dengan 5,237 unit terjual pada tahun 2017.

Walaupun penurunan kecil dikesan pada Jumlah Volum Industri (Total Industry Volume), Isuzu masih berupaya untuk meningkatkan bahagian pasaran yang dipegang dalam segmen kenderaan komersial, iaitu sebanyak 37.1%, jika dibandingkan dengan 36.3% pada tahun 2016.

Sewaktu ucapan Tahun Baru, Koji Nakamura, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd, menyampaikan penghargaan dan kegembiraan beliau di atas kemampuan Isuzu untuk berdiri teguh sebagai satu syarikat yang kukuh, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan ekonomi pada tahun 2017.

Tambahan pula, Nakamura menyatakan bahawa nilai jangka panjang yang ditawarkan serta kepercayaan pihak awam terhadap jenama Isuzu memainkan peranan yang sangat penting dalam pengekalan Isuzu sebagai jenama pilihan kenderaan komersial No. 1 di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Previous post

Penumpang Uber Menakutkan Pemandu Uber

Next post

Hyundai Kona Elektrik Akan Diperkenalkan 27 Februari Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *