Cerita Auto

Hyundai Kona Elektrik Akan Diperkenalkan 27 Februari Ini

Hyundai telah mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan Kona versi elektrik pada 27 Februari ini. Ia akan diikuti dengan penampilan global di acara Geneva Motor Show 2018 pada awal Mac.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kona elektrik akan didatangkan dalam dua versi dan kedua-duanya menggunakan enjin elektrik berkuasa dengan jarak pemanduan hampir 470 km menurut World Harmonized Light Vehicles Test Procedure (WLTP) dan karakter pemanduan yang menyeronokkan. Selain itu, ia dikatakan mempunyai pelbagai ciri kemudahan serta keselamatan dan bantuan pemandu.

Dari segi reka bentuk, kami menjangkakan rekaan yang sama dengan Kona petrol kecuali bahagian jeriji yang sedikit berlainan untuk menempatkan poin pengecas.

Model ini akan memasuki pasaran Eropah pada pertengahan tahun ini. Setakat ini, Hyundai masih belum mendedahkan jika ia akan turut dijual di Asia.

Previous post

Isuzu Kekal Sebagai Pilihan No. 1 Malaysia Untuk Kenderaan Komersial

Next post

Mercedes-AMG GT Coupe ke Geneva Motor Show 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *