Berita Auto

Honda Odyssey Kini Dilengkapi Dengan Teknologi Keselamatan Honda Sensing

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan model pertamanya bagi 2018 iaitu Odyssey baharu yang dilengkapi dengan Honda Sensing. Ia merupakan model ketiga yang menampilkan ciri keselamatan canggih itu selepas CR-V dan Accord yang dilancarkan pada tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Honda Sensing pada Odyssey mempunyai enam ciri-ciri iaitu Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Departure Warning (LDW) dan Road Departure Mitigation (RDM) untu keselamatan serta Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lane Keep Assist System (LKAS) untuk keselesaan.

04 The New Odyssey offers convenient ingress and egress as well as larger cabin space thanks to its Ultra-Low Floor Platform

Ciri keselamatan MPV ini disempurnakan lagi untuk penampilan luaran mewah yang diserlahkan dengan bampar hadapan baharu, gril hadapan baharu dan rekaan lampu belakang LED yang baharu. Di samping lampu kabus LED, ia menampilkan rim aloi dua tona dengan rekaan baharu bersaiz 17 inci, cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik dan cermin pandangan belakang auto ‘dim’.

06 The New Odyssey offers classy interior while elevating the safety benchmark in MPV segment in Malaysia with its unrivalled premium safety features at the same time

Ruang kabin Odyssey baharu juga menerima penambahbaikan yang lebih praktikal. Ini termasuklah perehat tangan yang lebih besar dibahagian pemandu, tempat duduk penumpang kuasa 4-cara, ruang penyimpanan barang tambahan dengan utiliti yang dipertingkatkan.

07 The New Odyssey gives more joy and comfort to occupants with new features such as bigger armrest for the driver seat, 4-Way Passenger Power Seat, added storage and bigger second row seat headrest

Tempat duduk Premium Captain lengkap dengan Ottoman yang dipasang pada baris kedua kini didatangkan dengan perehat kepala lebih besar untuk meningkatkan lagi keselesaan dan keseronokan penumpang terutama sewaktu melalui perjalanan yang jauh. Dari segi prestasi, Odyssey Baharu dikuasakan oleh enjin 2.4L DOHC i-VTEC dengan 175 PS dan 225 Nm dan kotak gear CVT.

03 The New Odyssey sports a fresh look with new front bumper, new front grille and LED fog lights

Odyssey ditawarkan dalam satu varian, 2.4L EXV pada harga RM254,800 tanpa insurans (termasuk GST). Honda Malaysia telah menetapkan sasaran untuk menjual sebanyak 130 unit Odyssey Baharu setahun.

05 The New Odyssey is a great MPV that offers complete package for passenger and utility and in terms of safety

Ia akan didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Platinum Putih Mutiara (Platinum White Pearl) dan Premium Hitam Mutiara (Premium Twinkle Black Pearl) dan Perak Metalik (Super Platinum Metallic). Ia hadir bersama jaminan selama 5 tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000 km.

Previous post

Lexus RC F dan GS F Versi Ulangtahun ke-10

Next post

Honda Malaysia Beri Tumpuan Terhadap Kepuasan Pelanggan Untuk 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *