Berita Auto

Honda HR-V Mugen Edisi Terhad Dilancarkan

Honda Malaysia telah memperkenalkan HR-V Mugen edisi terhad. Ia merupakan model ketiga Honda yang didatangkan dengan pakej Mugen selepas Civic Concept Mugen 2.0 pada 2006 dan Civic/Jazz Concept M pada 2010.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model ini menampilkan kit badan baharu yang merangkumi sembilan komponen iaitu jeriji hadapan, ‘under spoiler’ hadapan, belakang dan sisi, tailgate spoiler, pelekat sporty, logo Mugen pada tombol gear, logo Mugen pada bahagian luaran serta karpet.

Photo 7

Tiada perubahan dari segi mekanikal. Model ini masih menampilkan enjin 1.8-liter i-VTEC SOHC dengan 142 PS dan 172 Nm yang dipadankan dengan CVT Earth Dreams.

Photo 8

Terhad kepada 1,020 unit dan hanya ditawarkan pada varian V, HR-V Mugen dijual pada harga RM118,800 (tanpa insurans).

 

Previous post

Porsche Cayenne Diesel Bersara

Next post

Kawasaki Z900RS Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *