Cerita Auto

BMW Memperkenalkan X4 Generasi Kedua

BMW X4 generasi kedua telah didedahkan dan bakal membuat penampilan sulungnya dii acara Geneva Motor Show 2018 yang berlangsung pada Mac ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berikut adalah senarai pembaharuan yang ada pada model Sports Activity Coupe ini:

2019-bmw-x4 (1)

  • Kini 81 mm lebih panjang, 37 mm lebih lebar dengan jarak roda 54 mm lebih panjang berbanding model sebelum ini. Pusat graviti lebih rendah untuk pemanduan lebih sporty.
  • Berat menurun sehingga 50 kg manakala pekali seret (Cd) turut berkurang sehingga 0.30.

??????????????????????????

  • Didatangkan standard dengan lampu bi-LED (LED ‘iconlight’ sebagai pilihan), lampu kabus LED, ‘tailgate’ automatik dan corong udara aktif.
  • Empat warna luaran baharu – Phytonic Blue, Sparkling Storm, Flamenco Red dan Sunstone Metallic.

2019-bmw-x4 (2)

  • Kabin menampilkan roda stereng dan tempat duduk rekaan terkini, kluster instrumen 12 inci baharu dan skrin sentuh berukuran 10.25 inci dengan fungsi kawalan isyarat (gesture control).
  • Mempunyai tiga varian iaitu xLine, M Sport X dan M Sport. Masing-masing dengan tahap kelengkapan tersendiri.

??????????????????????????

  • Ditawarkan dengan tiga pilihan enjin petrol dan tiga pilihan enjin diesel dengan kuasa dari 184 hp hingga 360 hp. Dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive.
  • Juga boleh didapati dalam dua versi M Performance iaitu M40i dengan 360 hp/500 Nm dan M40d dengan 326 hp/680 Nm.

2019-bmw-x4 (4)

  • Antara naik taraf casis yang ada termasuklah Variable Sport Steering, Performance Control, suspensi Adaptive M, M Sport Differential dan brek M Sport.
  • Turut disertakan adalah sistem bantuan pemandu Driving Assistant Plus dan Lane Keeping Assistant dengan perlindungan perlanggaran sisi.

??????????????????????????

 

Previous post

Cullinan Dari Rolls Royce Buatan British & Milik German

Next post

Ford Akhiri Pengeluaran Focus RS Dengan Heritage Edition

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *