Berita Auto

Adakah Velar Akan Mencuri Jualan Evoque Dan Sport?

Range Rover Velar baharu diwujudkan untuk mengisi jurang antara Evoque yang popular (merah bawah) dan Range Rover Sport mewah (putih bawah). Rover Velar baru ini menunggang di atas platform yang sama dengan Jaguar F-Pace.

Dengan harga bermula dari sekitar RM600k, harga Velar adalah tepat di antara Range Rover Evoque yang dijual dari RM430,000 (Range Rover Evoque kini boleh menjadi milik anda dari serendah 0.88% * setahun) dan RM857,888 untuk Rang Rover Sport.

Pada titik harga ini pembeli Rage Rover Sport mungkin melihat kepada Velar yang  bersaiz yang sama dan kelihatan lebih garang daripada Sport dan dilengkapi dengan senarai ciri-ciri baru yang panjang. Kemudian ada juga beberapa pembeli Evoque yang mungkin mempertimbangkan untuk menambah bayaran sebanyak RM170k (kerana tempoh pinjaman sewa beli boleh dilanjutkan antara 7-9 tahun. Dengan itu Velar ini mungkin mencuri jualan Evoque dan sudah tentu Sport.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hasilnya, sesuatu yang menarik akan berlaku dengan jualan Land Rover dalam beberapa bulan akan datang dan kami akan tunggu dan lihat dengan teliti. Semua Land Rover dijual di Malaysia datang dengan:

– Waranti 5 tahun

– Sevis 5 tahun

– Jaguar Land Rover Roadside Assistance 3 tahun

Previous post

Vietnam Akan Mendapat Kereta Pininfarina

Next post

MBtech Akan Membina Defender Baharu Untuk Ineos

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *