Berita Auto

UMW Toyota mula menyerahkan Harrier serba baru

Susulan daripada sesi pra-tonton Toyota Harrier serba baru yang dilakukan di Malaysia Auto Show 2017 November tahun lalu, UMW Toyota Motor telah menerima banyak tempahan bagi model yang buat pertama kalinya dijual secara rasmi di Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Unit bagi kumpulan pertama kini sudah mula diserahkan kepada pelanggan yang membuat tempahan awal dengan harga bagi model berkenaan yang bermula dari RM238,000 di Semenanjung Malaysia. Ia datang dengan jaminan lima-tahun dan tanpa had perbatuan. Ini termasuk kesediaan stok bagi alat ganti tulen untuk model generasi terbaru yang dijual ini.

70_071_LDA

Penampilan model generasi terbaru Harrier memiliki gril yang disudutkan untuk tujuan aerodinamik dengan lencana helang khas yang digunakan bagi memberi penekanan terhadap imej agresif dan elegan yang dibawa. Lampu utama, lampu nyalaan siang (DRL), lampu selekoh, lampu kabus serta lampu belakang semuanya menggunakan LED. Lampu isyarat di depan menggunakan paparan berturutan (sequential display) untuk lebih memudahkan makluman hasrat pemandu sebelum membelok atau menukar lorong.

eleparking

Harrier 2.0T yang diimport sepenuhnya ini dilengkapi enjin 2.0 liter dengan pengecas turbo dengan penyuntik minyak terus D-4ST dan sistem VVT-iW (Variable Valve Timing-intelligent Wide). Dua versi ditawarkan — Harrier 2.0T Premium dan Harrier 2.0T Luxury dengan empat pilihan warna.

Air Bag System

Pemilik-pemilik Harrier turut dilindungi oleh pakej Toyota Safety Sense (TSS), sebuah set sistem keselamatan aktif yang julung kalinya ditawarkan pada model kenderaan Toyota di negara ini. Ia terdiri daripada Sistem Pra-Perlanggaran, Kawalan Kruise Adaptif, Sistem Penetap Laluan, Amaran Penukar Laluan dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif.

72_072_AHS

Ciri-ciri keselamatan lain yang turut disertakan ialah seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TC), Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC), Lampu Isyarat Kecemasan, Brek Parkir Elektronik + Brek Pegun Auto serta sensor parkir dengan kamera undur.

Toyota

Sebagai tambahan, tujuh beg udara ada untuk melindungi penumpang di depan, disokong juga dengan beg udara sisi serta beg udara tirai yang akan melindungi bahagian tingkap di sisi (depan dan belakang) ketika berlakunya perlanggaran di bahagian tepi. Turut disediakan ialah beg udara lutut yang terletak di bahagian bawah kolum stereng untuk melindungi lutut pemandu sekiranya berlaku perlanggaran secara berdepan.

Previous post

Sistem Lampu Belakang Yang Direka Motorsports BMW

Next post

Perodua tetapkan sasaran jualan 209,000 bagi 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *