Cerita Auto

Pengedar PROTON Yakin Terhadap Masa Depan Jenama

Bersemangat untuk mara, PROTON baru-baru ini mengadakan majlis menandatangani untuk kumpulan kedua bagi perjanjian Naik Taraf Rangkaian Pengedar di Pusat Kecemerlangan PROTON. Majlis kali ini disertai lima (5) pengedar yang bersetuju untuk menaik taraf pusat mereka kepada pusat 3S dan 4S. Acara ini merupakan sesi seterusnya selepas majlis sama yang diadakan dengan kumpulan pertama tiga (3) minggu lepas.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perjanjian kali ini ditandatangani antara Dr Ho Tuck Sum, Ketua Jualan dan Perancangan Rangkaian, PROTON, bersama Dato’ Shamshudin Nor, Pengarah Pantai Bharu Corporation Sdn Bhd, Liew Vee Lee, Pengarah Harima Automobil (M) Sdn Bhd, Judith Yam Siew Chu, Pengarah Urusan Atiara Johan (M) Sdn Bhd, Mohd Nazrin Bin Mohamad Fozi, Pengarah Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd dan Leong Chue Chye, Pengarah dari Hoi Keen Services Sdn Bhd

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato ‘Radzaif Mohamed serta barisan pengurusan kanan PROTON hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.

Syarikat yakin yang ianya di landasan yang tepat. Bercita-cita tinggi dan berpandangan jauh, maju ke hadapan dengan pemahaman yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kedudukan, sekarang merupakan masa yang tepat untuk PROTON menjalankan rancangan untuk mengembangkan perniagaannya.

Dr Li berkata, “Perlu ada sebab mengapa rakyat Malaysia terpesona dengan sang Rimau. Logo PROTON sendiri mempunyai imej harimau yang mengaum. Pastinya ia melambangkan keberanian, kecekalan dan semangat juang. Sama seperti kami sekarang ini, kami akan terus melangkah ke hadapan untuk memastikan PROTON kekal relevan dan berdaya saing dalam industri automotif, dengan memberikan kepada anda produk, kualiti dan perkhidmatan kelas pertama. Oleh itu, tentunya para pengedar bersetuju untuk menaik taraf premis mereka kepada 3S dan 4S, kerana mereka percaya bahawa layanan yang terbaik kepada pelanggan serta pengalaman mereka ketika proses jualan dan perkhidmatan adalah satu kemestian”.

“Bagi saya, hakikat bahawa kita mempunyai lebih banyak pengedar yang bersetuju untuk menaik taraf rangkaian mereka membuktikan kekuatan yang dimiliki PROTON. Masih ada ahli perniagaan di luar sana yang percaya kepada jenama PROTON dengan penuh keyakinan bahawa perkongsian dengan PROTON ini akan membuahkan kejayaan dan meningkatkan kesedaran jenama dalam industri,” tambah Dr Li.

Orang lama dalam industri automotif, Dato’ Shamshudin Nor, Pengarah Pantai Bharu Corporation Sdn Bhd, memegang keyakinan pada jenama PROTON, berkata, “Kami yakin dengan PROTON, itulah sebabnya kami telah berada dalam perniagaan Proton sejak 32 tahun lalu. Selepas lawatan saya ke Geely, saya percaya bahawa PROTON akan pulih. Dengan teknologi yang dimiliki Geely, kami percaya yang kami dapat bersaing setanding atau lebih baik, dengan pemain lain dalam industri automotif. Keputusan untuk menaik taraf ke pusat 3S adalah tepat pada masanya”.

Photo 2 - Atiara Johan (M) Sdn Bhd

Pendapat beliau tentang untuk mengekalkan perniagaan yang mampan dan berjaya, Dato ‘Shamshudin Nor menyatakan, “Ia sentiasa mengenai kerja berpasukan yang hebat, dan keupayaan untuk bekerja dengan kekuatan masing-masing. Pasaran bergerak sangat pantas, oleh itu kami juga perlu bersaing dengan produk yang hebat di samping perkhidmatan yang sangat baik, kerana inilah harapan pelanggan ketika mereka masuk ke bilik pameran PROTON”.

Bagi Liew Vee Lee, Pengarah Harima Automobil, yang menaik taraf ke pusat 4S, “Kami telah menjadi pengedar PROTON sejak tahun 1986. PROTON telah menemui rakan perniagaan yang baik dalam Geely dan perkongsian ini akan memperlihatkan masa depan yang lebih baik. Saya yakin dengan peningkatan kualiti dan harga kereta yang kompetitif, serta perkhidmatan selepas jualan yang baik, ia pastinya menuju ke arah yang tepat”.

Mohd Nazrin Bin Mohamad Fozi dari Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd, yang menaik taraf ke pusat 3S menegaskan bahawa, “Saya menjangkakan bahawa dengan penubuhan rangkaian baru PROTON dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan, jualan akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya kami akan kembali menjadi jenama kereta nombor satu (1) negara.”

PROTON sedang meningkatkan jenamanya ke tahap yang berbeza. Perancangan dibuat untuk memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan dalam perniagaannya. Usaha ini adalah untuk memastikan bahawa pengedar PROTON mempunyai proses standard untuk jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua pelanggan.

Program insentif menawarkan peluang kepada pengedar sedia ada yang ingin menaik taraf statusnya ke pusat 3S dan 4S, serta mereka yang ingin menyertai sebagai pengedar PROTON baharu. Inisiatif ini menjadikan PROTON lain dari yang lain dalam industry automotif. Ia kini menjadi pemangkin dalam pasaran dengan menawarkan peniaga skim sokongan insentif terbaik.

Menurut Dato’ Shamshudin, “PROTON mempunyai program insentif pengedar yang sangat menarik, dan saya percaya bahawa Syarikat sedang menjalankan rancangan yang mantap untuk memastikan perubahan rupa bangunan bagi memberikan kehadiran jenama yang lebih kukuh. Ini mampu mempengaruhi pelanggan yang masuk ke dalam bilik pameran kami dan proses mempertimbangkan keputusan membeli kereta”.

Dato’ Shamshudin menambah, “Kawasan perniagaan kami buat masa ini terletak berhampiran bilik pameran pengedar lain. Akan tetapi, pusat edaran baharu kami terletak di hadapan jalan raya, yang akan mengetengahkan bilik pameran dan kawasan servis yang lebih luas. Kawasan baharu ini mempunyai ruang letak kereta yang banyak agar pelanggan boleh datang pada bila-bila masa tanpa perlu susah-payah mencari tempat letak kereta,” tambah Dato’ Shamshudin.

Bagi Liew, beliau mendapati bahawa program insentif itu “Sangat menggalakkan untuk semua pengedar menaik taraf bilik pameran dan bengkel mereka untuk berkhidmat sebagai pusat sehenti untuk pelanggan. Lebih-lebih lagi ia adalah konsep baharu yang bertujuan untuk menarik para pelanggan untuk pergi ke bilik pameran kami dan mendapatkan maklumat mengenai kereta Proton sambil menunggu kereta mereka diservis”.

Mohd Nazrin mengulangi pendapat rakan pengedarnya yang lain. “Ini merupakan tindakan yang baik dalam menggalakkan pengedar PROTON menaik taraf perniagaan mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka serius mahu terus maju dan benarbenar ingin memberikan bantuan yang sama kepada pengedar, agar imej jenama dapat dipertingkatkan dan pelanggan akan menikmati pengalaman jualan dan perkhidmatan yang sangat baik”.

Semak tawaran jualan Januari

Pelanggan dijemput untuk datang ke mana-mana cawangan PROTON di seluruh negara dan nikmati promosi perayaan untuk semua kereta Proton. Diskaun sehingga *RM13,888 ditawarkan. Jangan ketinggalan peluang untuk mendapatkan Proton baharu dan nikmati perayaan Tahun Baru dengan keselesaan dan ketenangan fikiran. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melawat www.proton.com atau halaman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang tersedia melalui Google Play dan Apple App Store. * Nilai diskaun adalah berbeza mengikut model. Promosi sah sehingga 31 Januari 2018.

Photo 3 - Pantai Bharu Corporation Sdn Bhd

 

Previous post

BMW Mempunyai Saingan Utamanya Dalam Sasaran

Next post

Honda Jazz, City, BR-V dan HR-V kini boleh didapati dalam warna White Orchid Pearl

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *