Berita Auto

MINI Clubman Sterling Edition kembali lagi

Atas permintaan yang tinggi, MINI Malaysia telah sekali lagi melancarkan Clubman Sterling Edition yang terhad kepada 40 unit sahaja. Kali pertama syarikat itu melancarkan model edisi terhad ini adalah pada Ogos 2017, di mana kesemua 20 unit yang ditawarkan ditempah dalam masa dua minggu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sama seperti sebelum ini, Clubman Sterling Edition hanya boleh ditempah secara atas talian di laman web mini.my/clubman-sterling bermula 11 Januari 2018.

MINI 03

Model ini didatangkan dalam satu warna sahaja iaitu Melting Silver yang dipadankan dengan bumbung dan cermin sisi berwarna Matte Black Jack dan simbol Union Jack pada ‘scuttle’ sisi. Rim bersaiz 18 inci dalam warna hitam adalah daripada rangkaian MINI Yours Masterpiece.

MINI 06

Ruang kabin menampilkan upholsteri kulit Chester dalam gabungan warna Pure Burgundy dan Indigo Blue. Untuk menaikkan mood, pemandu boleh memilih antara 12 warna yang telah ditala ke bahagian kemasan. Juga terdapat roda stereng kulit Walknappa dengan logo Union Jack pada bahagian bawah.

MINI 08

Lain-lain kelengkapan yang disertakan bersama termasuklah Parking Assist, kamera belakang, serta sistem infotainmen MINI Connected dengan skrin LCD 6.5 inci dan navigasi.

MINI 10

Clubman Sterling Edition dijual pada harga RM268,888 termasuk jaminan empat tahun tanpa had perbatuan dan pakej servis berjadual percuma. Ia juga dilindungi oleh program bantuan tepi jalan MINI Malaysia untuk lima tahun.

MINI 05

 

Previous post

Ford Akan Menjual Kenderaan Elektrik Di China Melalui Alibaba

Next post

Jualan Proton stabil untuk 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *