Cerita Auto

Media Drive Subaru XV Terbaharu

TC Subaru Sdn Bhd semalam telah menganjurkan Media Drive Subaru XV terbaharu dari pejabat dan showroomnya di Petaling Jaya ke Port Dickson, Melaka dan kembali ke Citta Mall di Ara Damansara.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101 Selain dari pengalaman pemanduan Subaru XV terbaharu di jalan raya, lebuh raya dan jalan persekutuan, aktviti menguji ciri-ciri istimewa yang lain turut dianjurkan seperti pendakian cerun di Eagle Ranch Port Dickson dan slalom di Melaka International Motorsport Circuit. Ujian cerun yang dianjurkan adalah untuk menyerlahkan ciri X-Mode Subaru XV terbaharu ini. Dengan setekan butang saja. Teknologi X-Mode akan mengambil alih kawalan enjin, transmisi, Symmetrical AWDnya, brek dan componen lain untuk mengemudi kenderaan dengan selamat menaiki atau pun menurun cerun yang mencabar. Ketika menurun Hill Descent Control secara otomatik mengekalkan kelajuan konstan.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

Ujian slalom pula adalah untuk menyerlahkan Subaru Global Platform baharu yang tersedia untuk kesemua barisan model Subaru. Dengannya pemanduan  lebih menyeronokkan lebih seperti kereta. Penambahbaikan kepada ketegaran chasi, suspensi dan stabiliser menghasilkan kesekesaan yang muktamat dan menggurangkan keletihan. Active Torque Vectoring mengenakan brek ke tayar dalam dan lebih kuasa ke tayar luar un tuk menghasilkan pengendalian yang lebih tepat membantu anda membelok dengan lebih tajam bila perlu.

Dua kenderaan uji jenama lain dari kelas yang sama turut disediakan untuk membuat perbandingan dan untuk menunjukkan perbezaannya dan tidak syak lagi ianya memang ketara.

Dari segi rekabentuk. Penampilan luarannya, saiz keseluruhan lebih besar, lebih panjang dan lebih tinggi. Model yang lama terlalu kecil dan kelihatan kurang serius. Model baharu in kelihatan lebih segak, tampan dan harus diambil serius.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

Yang kami teruja sekali ialah dalamanya. Kualiti binaan terbaik ala kereta konti. Semua barangan dan panel tampil teguh dan padat. Kulit berkualiti tinggi dan jahitan yang kemas sekali. Tersedia untuk keselamatan anda … TUJUH airbag.

Tersedia dalam 6 warna: Sunshine Orange, Dark Blue Pearl, Pure White, Ice Silver Metallic

Dengan harga dari RM118,819 termasuk  gst tanpa insuran ianya adalah salah satu crossover yang sukar untuk diabaikan.

REGION SUBARU XV 2.0i SUBARU XV 2.0i-P
Peninsular Malaysia RM 118,819 RM 125,868
East Malaysia RM 121,881 RM 128,930
Langkawi RM 104,919 RM 111,569
Labuan RM 107,581 RM 114,231

Senarai Spesifikasi

Screen Shot 2018-01-24 at 2.30.13 PMScreen Shot 2018-01-24 at 2.30.41 PM

 

Previous post

Enjin Petrol Jaguar Land Rover Ingenium Dinamakan 10 Teratas Dunia

Next post

Idea Hadiah Bell & Ross Yang Tidak Pernah Menghampakan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *