Bisnes

Isuzu Malaysia serah trak unit ke-100 kepada Mighty Bakery

Isuzu Malaysia melabuhkan tirai tahun 2017 secara positif melalui penyerahan unit yang ke-100 kepada Mighty Bakery Sdn Bhd’. Penyerahan dilakukan oleh Jumbo Arena Sdn Bhd, salah sebuah syarikat pengedar sah Isuzu yang berpusat di Batu Pahat, Johor.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebagai pengilang produk makanan yang sedia dimakan, Mighty Bakery meletakkan sepenuh kepercayaan mereka kepada Isuzu untuk memastikan penghantaran produk ke rangkaian peruncit seluruh negara menepati masa yang telah ditetapkan, bagi memenuhi keperluan harian konsumer tempatan.

Perhubungan perniagaan yang erat ini terjalin sejak tahun 2012, dan kini, saiz flit pengangkutan Mighty Bakery telah mencecah 100 unit trak Isuzu.

Photo - Isuzu's 100th Unit Delivery to Mighty Bakery 2

Sesi penyerahan unit yang ke-100 ini melibatkan 16 unit trak N-Series 4-wheeler (NKR55UEEH-E) yang telah didaftarkan pada tahun 2017. Seiringan dengan pelan perkembangan perniagaan Mighty Bakery ke pasaran baru, pemerolehan terkini ini dijangka dapat memastikan penghantaran dan pengagihan produk ke serata negara dijalankan dengan bertepatan masa, di samping keberkesanan kos yang lebih ideal.

Selain itu, unit-unit ini juga bakal menggantikan trak-trak lama dalam flit pengangkutan semasa syarikat tersebut. Tambahan pula, Isuzu telah menjadi jenama pilihan utama untuk lojistik dan pengagihan disebabkan keutuhan dan ketegapan binaan trak, selain daripada penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Previous post

BMW Group Malaysia menyerahkan 12,680 unit kenderaan pada 2017

Next post

Pernah Dengar Tentang Midori Seibi Centre

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *