Cerita Auto

Ini bahagian dalaman Hyundai Veloster baru

Hyundai telah mengeluarkan imej teaser bagi memberi bayangan ruang kabin Hyundai Veloster generasi kedua yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perubahan paling ketara yang boleh dilihat adalah susun atur papan pemuka yang kini lebih fokus pemandu serta konsol tengah yang diletakkan lebih tinggi. Ia juga menggunakan roda stereng rekaan terkini yang turut didapati pada Ioniq dan Elantra Sport, serta paparan infotainment ala tablet.

hyundai veloster teaser 01

Trim berwarna merah yang digunakan pada papan pemuka, panel pintu dan komponen sememangnya dapat menaikkan seri bahagian dalaman Veloster, namun tidak dapat dipastikan jika ia akan dikekalkan untuk pengeluaran.

hyundai veloster teaser 02

Bahagian luaran Veloster tidak akan membawa sebarang perubahan besar kecuali rekaan yang dikemaskini seperti yang dilihat pada model i30 N. Hatchback ini bakal dilancarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.0-liter NA dan 1.6-liter turbo.

hyundai veloster teaser 03

Lebih menarik, Velsoter versi N yang menggunakan enjin 2.0-liter turbo milik i30 N juga dikatakan sedang dalam pembangunan.

Previous post

Mitsubishi tawar bonus tunai sehingga RM20,000 sempena Tahun Baru Cina

Next post

Kia bakal dedahkan Niro EV di CES Las Vegas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *