Cerita Auto

Hyundai Santa Fe Generasi Keempat Mempunyai Ciri Rear Occupant Alert

Hyundai telah mengeluarkan foto teaser serta maklumat awal Santa Fe yang akan didedahkan sepenuhnya pada bulan Februari ini. SUV generasi keempat itu seterusnya akan membuat penampilan global di acara Geneva Motor Show yang bakal berlangsung pada bulan Mac.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Hyundai, Santa Fe baharu menawarkan ciri-ciri keselamatan aktif terkini di bawah payung teknologi Smart Sense. Antaranya adalah Rear Occupant Alert yang berupaya untuk mengesan kehadiran penumpang belakang dan memberi amaran kepada pemandu apabila mereka keluar dari kereta.

Selain itu, Rear Cross-Traffic Collision Warning pula kini dipertingkatkan dengan fungsi brek automatik bagi mengelakkan risiko perlanggaran apabila pemandu mengeluarkan kenderaan dari ruang parking yang sempit dengan penglihatan terhad.

 

Previous post

Adakah Kami Rindukan Mercedes B-Class?

Next post

Bunyi C63 Yang Mana Terbaik? 6.2L V8 Lawan 4L V8 Biturbo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *