Cerita Auto

Honda Malaysia Sahkan Inflator Beg Udara Pemandu Pecah Dalam Kemalangan Maut Pada 1 Jan 2018

Honda dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa inflator beg udara pemandu Takata telah pecah dalam satu kemalangan pada 1 Januari 2018 di Selangor. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah Honda City model 2004 dan telah mengakibatkan kematian pemandu. Punca kematian bagaimanapun masih belum diketahui.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Honda, kereta terbabit terlibat dalam kempen panggilan semula bagi penggantian inflator beg udara pemandu dan penumpang hadapan yang diumumkan pada 21 Mei 2015. Beberapa surat pemberitahuan telah dihantar kepada pemilik asal berdasarkan maklumat dalam pengkalan data syarikat itu, namun ia tidak pernah sampai kepada pemilik semasa disebabkan perubahan pemilikan. Rekod Honda turut menunjukkan bahawa pembaikan bagi panggilan semula tidak pernah selesai.

Selain itu, Honda turut menyatakan bahawa inflator beg udara penumpang hadapan tidak pecah semasa ia mengembung dan berfungsi dengan cara yang betul dalam perlanggaran tersebut.

Honda Malaysia telah menggunakan pelbagai saluran bagi memastikan bahawa pelanggan mereka maklum mengenai panggilan semula inflator beg udara. Ini termasuk siaran akhbar, siri jelajah, SMS, panggilan telefon serta surat. Fungsi carian nombor pengenalan kenderaan (VIN) juga diletakkan di www.honda.com.my dan www.productrecall.honda.com.my supaya pemilik dapat memeriksa jika kenderaan mereka terlibat.

Setakat 25 Januari tahun ini, syarikat itu telah menggantikan lebih 427,000 unit atau 76% inflator beg udara pemandu dan penumpang keluaran Takata.

 

Previous post

Ford Ranger Raptor Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Next post

Nikmati Pelbagai Tawaran Hebat Toyota Sepanjang Musim Perayaan Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin