Berita Auto

Honda Jazz, City, BR-V dan HR-V kini boleh didapati dalam warna White Orchid Pearl

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa warna White Orchid Pearl akan menggantikan warna Taffeta White yang sebelum ini ditawarkan bagi model Jazz, City, BR-V dan HR-V.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

White Orchid Pearl pertama kali diperkenalkan menerusi model Civic CKD diikuti dengan Accord pada 2016. Ia mendapat sambutan positif daripada pelanggan dengan sumbangan sebanyak 38% bagi Civic dan 33% bagi Accord. Warna tersebut juga ditawarkan pada CR-V dengan sumbangan sebanyak 26%.

Photo 2

Menurut Honda Malaysia, warna White Orchid Pearl boleh dipesan mulai sekarang kecuali BR-V dan HR-V yang hanya akan ditawarkan bermula minggu ketiga bulan Februari tahun ini. Bayaran tambahan bagi warna tersebut adalah sebanyak RM120 bagi Jazz dan City, dan RM300 bagi BR-V dan HR-V.

Photo 3

Photo 4

 

Previous post

Pengedar PROTON Yakin Terhadap Masa Depan Jenama

Next post

Kawasaki Motors Malaysia anjur kempen keselamatan jalan raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *