Berita Auto

Habuan Toyota Vios SE untuk pengunjung bertuah

Minat terhadap sukan permotoran tidak hanya memberikan pengalaman dan gesaan adrenalin ketika acara festival perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) untuk Muhammad Haye Nafiqi bin Saidin. Beliau yang telah menjawab beberapa soalan ketika acara di MAEPS, Serdang telah terpilih sebagai pengunjung bertuah dan menenangi sebuah Toyota Vios SE yang bernilai RM85,000.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Saya selalu mengimpikan untuk memiliki sebuah Toyota Vios, tapi tak pernah terbayang pula akan memenanginya. Saya hadir dan menonton Vios Challenge sebab saya amat berminat dengan sukan permotoran dan datang bersama rakan-rakan lain, untuk menyaksikan Fattah Amin berlumba. Beberapa minggu kemudian, saya terima panggilan dari UMW Toyota Motor memaklumkan yang saya telah memenangi sebuah kereta. Saya berasa sangat gembira, tambahan pula saya akan berkahwin tak lama lagi. Sudah tentu saya akan akan menggunakan Vios ini sebagai kereta rasmi pada majlis perkahwinan kami,” ujar juruteknik berusia 27 tahun itu.

Muhammad Haye dari Selangor berkunjung ke Medini City di Johor hujung minggu ini untuk mengikuti festival perlumbaan TGR dan menerima hadiah yang disampaikan oleh Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama ketika acara berkenaan.

Sebuah lagi Vios SE akan berpeluang dimenangi oleh pengunjung di Medini City pada acara yang sama dan pemenang yang bertuah akan diumumkan sebaik sahaja semua penyertaan dinilai oleh auditor.

Previous post

Sayang Sekali. Ada Sesiapa Yang Minat BMW 7 Series Lama Ini? Selamatkanlah Ia.

Next post

Yamaha YZF-R25 kini dalam warna biru dan hitam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *