Berita Auto

ETCM panggil semula 98,216 unit kenderaan Nissan

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) telah melanjutkan kempen panggilan semula untuk memaklumkan kepada pelanggan dan menggantikan modul inflator pada beg udara penumpang hadapan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan itu, ETCM mengesahkan bahawa sebanyak 98,216 unit kenderaan Nissan terlibat dalam masalah inflator beg udara penumpang hadapan Takata seperti berikut:

MODEL TAHUN DIKILANGKAN UNIT YANG TERJEJAS
GRAND LIVINA (L10) CKD April 2007 – Dec 2014 83,263
X-GEAR (L10) CKD
NAVARA (D40) CBU & CKD Dec 2006 – Dec 2014 14,953

Semua pelanggan yang terlibat akan diberitahu menerusi surat daripada TCEAS. Mereka yang menerima surat itu dinasihatkan supaya menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk mendapatkan temu janji. TCEAS yang terpilih juga telah melanjutkan tempoh operasi mereka dan kini ia dibuka 365 hari. Ini sekali gus memudahkan pelanggan untuk menyelenggara kenderaan pada hujung minggu serta cuti umum selain meningkatkan kapasiti aktiviti penggantian.

Kos buruh dan alat ganti untuk kempen panggilan ini adalah percuma.

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian Tol Percuma: 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’ diikuti dengan ‘Recall Campaign’) bagi mengetahui sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen panggilan semula ini atau sebaliknya.

Previous post

Porsche Cayenne generasi ketiga buat kemunculan di Malaysia

Next post

Miliki SUV Haval pada Tahun Baru Cina ini dengan servis percuma dan angpow

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *