Cerita Auto

BMW Group Malaysia lancarkan 530e Sport

BMW Group Malaysia telah memperkembangkan barisan BMW 5 Series dengan pelancaran model kedua iaitu 530e. Ia juga merupakan model iPerformance kelima yang dilancarkan di negara ini selepas i8, X5 xDrive40e, 740Le dan 330e.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Barisan model hibrid plug-in itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan Malaysia. Tahun lalu, syariakt itu menjual lebih 3,000 unit X5 xDrive40e, menjadikan Malaysia pasaran kedua terbesar bagi SUV itu selepas Amerika. Malaysia juga adalah pasaran ketiga terbesar bagi 330e dan 740Le xDrive dengan jualan melebihi 2,400 dan 450 unit pada tahun lalu.

BMW 530e Sport

Didatangkan dalam versi Sport dengan pilihan warna Bluestone Metallic, Mediterranean Blue, Alpine White, dan Black Sapphire, 530e menampilkan kemasan hitam berkilat pada bampar hadapan, ditemani dengan jeriji ‘kidney’ dan lampu LED dengan lampu nyalaan siang. Berbeza dengan 530i, ia didatangkan dengan logo ‘i’ berhampiran dengan tayar hadapan serta lencana ‘eDrive’ pada tiang C. Paip ekzos berkembar berbentuk bulat dan rim aloi V-spoke bersaiz 19 inci melengkapkan penampilan model ini.

BMW 530e Sport

Ruang kabin pula dihiasi dengan upholsteri kulit Dakota yang boleh didapati dalam dua warna iaitu hitam atau coklat (cognac), panel sisi dengan tulisan ‘eDrive’ bercahaya, serta lampu ambien. Antara kelengkapan yang disediakan termasuklah stereng sport dengan kemasan kulit dan sistem audio HiFi dengan 12 pembesar suara.

BMW 530e Sport

Turut dilengkapi adalah ciri ConnectedDrive yang boleh diakses menerusi kluster instrumen dan skrin maklumat di bahagian tengah. Pemandu boleh memuat turun aplikasi BMW Connected yang membolehkan pemandu mengawal pelbagai fungsi seperti pendingin hawa atau memantau tahap caj bateri dengan hanya menggunakan telefon pintar.

BMW 530e Sport

Tersembunyi dibawah penutup bonet adalah enjin turbo petrol 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 184 hp dan 320 Nm. Digabungkan dengan motor elektrik eDrive, 530e mempunyai kuasa keseluruhan berjumlah 252 hp dan 420 Nm yang membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.2 saat dengan kelajuan maksimum 235 km/j. Dari segi bahan api, 530e mencatat penggunaan sebanyak 2.0 l/100 km manakala pelepasan CO2 pula adalah pada tahap 46 g/km.

BMW 530e Sport

Sistem eDrive boleh digunakan menerusi tiga mod yang ditawarkan iaitu Auto eDrive, Max eDrive dan Battery Control. Auto eDrive menggabungkan kuasa dari enjin dan motor elektrik, manakala Max eDrive menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Battery Control pula membolehkan pemandu mengawal kuasa elektrik untuk digunakan kemudian. Sedan ini boleh dipandu dengan kuasa elektrik sepenuhnya sehingga 48 km dengan kelajuan maksimum 140 km/j.

BMW 530e Sport

530e boleh dicas dengan beberapa cara. Selain daripada soket domestik di rumah, ia juga boleh dicas menggunakan iWallbox dan iWallbox Plus yang membolehkan pengecasan dikawal menerusi aplikasi telefon pintar. Untuk pengecasan tiga kali lebih pantas, pelanggan juga boleh mendapatkan i AC Fast Charging Cable yang juga boleh digunakan di stesen pengecas awam.

BMW 530e Sport

Bagi sistem bantuan pemandu, 530e didatangkan dengan Lane Change Warning, Blind Spot Monitor dan Park Assist. Turut disertakan adalah Dynamic Damper dengan mod Adaptive.

BMW 530e Sport

Harga bagi 530e Sport bermula dari RM343,800 termasuk jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun, program servis berjadual percuma dan program jaminan tayar.

 

Previous post

Yusmanida Auto Buka Pusat 3S Perodua Dengan Kos RM11 juta

Next post

Penjelasan Mengenai Diskaun Istemewa Untuk Kereta PROTON

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *