Cerita Auto

Audi RS3 Sportback dengan kit ABT Power R mempunyai 500 hp

Dengan 400 hp dan 480 Nm dari enjin 2.5-liter lima silinder, Audi RS3 Sportback sebenarnya sudah cukup berbisa untuk kenderaan dalam kelasnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagaimanapun, bagi mereka yang inginkan lebih kuasa kuda, kit ABT Power R yang dibangunkan oleh penala terkenal iaitu ABT Sportsline mampu meningkatkan kuasa yang dihasilkan kepada 500 hp. Ini ditemani dengan kesan bunyi yang lebih mengujakan dari sistem ekzos paip berkembar berdiameter 102 mm.

Audi RS3 Sportback ABT 03

Bukan itu sahaja, kit tersebut juga merangkumi komponen casis seperti spring gantungan dan ‘anti-roll bar’ bersama dengan tetapan peredam yang dibangunkan dengan kerjasama KW untuk pengendalian yang lebih berkesan. Sistem brek juga telah dipertingkatkan dengan cakera bersaiz 380 mm yang terselindung di sebalik pilihan rim 19 dan 20 inci.

Audi RS3 Sportback ABT 04

Kit ABT Power R juga memberikan RS3 penampilannya yang tersendiri dengan elemen-elemen aerodinamik seperti skirt dan jeriji hadapan lengkap dengan logo ‘RS3’ serta skirt belakang. Bahagian dalaman juga menerima penambahbaikan dalam bentuk kemasan karbon, lencana pada tombol gear dan butang pemula enjin.

Audi RS3 Sportback ABT 02

 

Previous post

Harga BMW M3 E30 Sekarang Sudah Mahal Gila

Next post

Kia Forte generasi ketiga diinspirasikan oleh Stinger

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *