Berita Auto

Volkswagen dan Lazada cipta sejarah jual Beetle edisi terhad secara atas talian

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan SEA Lazada Malaysia hari ini mengumumkan satu kolaborasi bersejarah yang akan menyaksikan Volkswagen Beetle dijual secara dalam talian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kerjasama itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah Beetle edisi terhad dengan mudah menerusi platform Lazada sempena kempen Online Revolution Lazada yang bermula pada 12 hingga 14 Disember 2017. 12 unit Beetle edisi terhad itu akan dijual secara pada harga RM112,112 seunit. Tawaran ini hanya sah di Semenanjung Malaysia sahaja.

Beetle edisi terhad didatangkan dalam dua rekaan – “Herbie 53” dalam warna putih (Pure White) dan putih perak (White Silver) serta “Hot Bug” yang berwarna merah (Tornado Red).

Pelanggan yang berminat untuk memiliki Beetle ini hanya perlu melayari platform Lazada dan membeli satu Welcome Kit pada harga RM5,000 sebagai yuran tempahan pra-pembayaran.

Lazada_Beetles_Silver_04

Welcome Kit ini mengandungi satu rantai kunci Volkswagen dan kad Touch & Go edisi terhad dengan nilai RM100. Sebaik sahaja pembelian dimuktamadkan, pelanggan akan dihubungi oleh wakil Volkswagen bagi membolehkan mereka memilih pengedar serta menyempurnakan proses pembelian.

Beetle edisi terhad hadir bersama stereng multi fungsi yang dibalut kulit, skrin sentuh ‘Composition Colour’ bersaiz 5.8 inci dengan ciri USB,
Bluetooth, 8 unit pembesar suara dan fabrik ‘Pepita’ pada tempat duduknya.

Ia dikuasakan oleh enjin TSI turbo bersesaran 1.2l dengan kuasa berjumlah 105 PS dan 175 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan DSG.

Lazada_Beetles_Red_05

Bagi memberi ketenangan minda, Beetle edisi terhad didatangkan dengan jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Previous post

12 perkara menarik tentang Lamborghini Urus

Next post

Lexus Siap Sedia Pamer LF-1 Crossover Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *