Berita Auto

Toyota Gazoo Racing akan dedahkan konsep Super Sport di Tokyo

Acara Tokyo Auto Salon 2018 yang akan berlangsung pada Januari 2018 bakal menyaksikan kehadiran beberapa jentera lumba yang dibangunkan oleh Toyota Gazoo Racing seperti Yaris WRC dan TS050 Hybrid.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Namun, tarikan utama adalah sebuah jentera lumba konsep yang dikenali sebagai GR Super Sport. Imej teaser yang dikeluarkan mendedahkan sedikit sebanyak reka bentuk jentera tersebut yang jelas mempunyai pengaruh TS050 Hybrid yang bertanding dalam kejohanan Le Mans.

Menurut Toyota Gazoo Racing, GR Super Sport adalah satu contoh bagaimana teknologi yang diperoleh hasil daripada persaingan dalam sukan permotoran diterapkan. Setakat ini, tiada maklumat teknikal didedahkan.

Toyota Gazoo Racing TAS

Selain daripada itu, Toyota Gazoo Racing akan turut mempamerkan model-model menarik seperti 86 GR dan Vitz GRMN yang terhad kepada 150 unit bagi pasaran Jepun.

 

Previous post

2018 bakal jadi tahun penting bagi Boon Siew Honda

Next post

Kereta Muzium Porsche Yang Terkini Sebenarnya Adalah Yang Terlama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *