Gaya Hidup

Shell Dapat 3 Anugerah Tahun Ini

Shell Malaysia meraikan kemenangan ketiga dalam pameran jenama dan pemasaran berprestij – kali ini gangsa di Anugerah Malaysia Effie 2017 untuk inisiatif “Meraikan 125 Tahun Shell dengan BoeyWater2go”.

Kemenangan itu merupakan penghargaan ketiga untuk jenama itu tahun ini, yang menyaksikan kerjasama dengan artis Malaysia, Cheeming Boey, yang mereka bentuk edisi terhad botol air mineral Select air2go yang menggambarkan tonggak kepentingan syarikat itu dengan cara yang menyeronokkan dan boleh dipercayai.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pada bulan November 2017, Shell Malaysia dinobatkan sebagai ‘Jenama Terbaik’ di Anugerah Jenama Putra 2017 kerana mewakili inovasi produk berterusan, dengan komitmen untuk membina jenama dan mempamerkan tanggungjawab sosial korporat. Di samping itu, Shell turut meraih anugerah ‘Kempen oleh Syarikat’ di Anugerah Komunikasi Pasifik Asia Pasifik (APCA), yang mengiktiraf usaha dalam membina dan menarik kumpulan penonton menerusi pendekatan berasaskan kepimpinan pemikiran.

These three significant recognitions cut across a wide range of the company’s key focus areas including innovation, marketing excellence, products and services, and customer experience at and beyond Shell retail stations.

Ketiga pengiktirafan penting ini merangkumi pelbagai bidang tumpuan utama syarikat termasuk inovasi, kecemerlangan pemasaran, produk dan perkhidmatan, dan pengalaman pelanggan di dalam dan di luar stesen-stesen runcit Shell.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran produk dan perkhidmatan Shell, sila layari www.shell.com.my

 

Previous post

Ini Satu Kajian Automotif Malaysia Boleh Ambil Bahagian

Next post

Aiman Motor Performance Sdn Bhd Buka Pusat 4S Pertama di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *