Cerita Auto

Servis kereta jadi lebih mudah dengan perkhidmatan ‘BMW and MINI Service Online’

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan perkhidmatan dalam talian BMW and MINI Service Online. Ia membolehkan pelanggan untuk menyusun jadual servis kenderaan mereka secara langsung di pengedar sah yang disukai menerusi laman web BMW Malaysia dan MINI Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ketika memperkenalkan tawaran baharu itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Pendigitalan merupakan satu hala tuju strategik buat BMW Group di seluruh dunia. Kami di Malaysia bergerak selari apabila memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang meningkatkan lagi aspek digital untuk memberi lebih kemudahan serta ketenangan minda dalam industri automotif premium.”

Menurut Han lagi, BMW Group Malaysia sudah membuktikan perkara ini melalui pengenalan ciri BMW Connected secara ekstensif di dalam semua kenderaannya sejak tahun 2015.

“Program perkhidmatan dalam talian baharu untuk pelanggan BMW dan MINI ini akan melengkapkan lagi pengalaman pemilikan secara keseluruhan daripada BMW Group. Ia menjanjikan pengalaman terbaik kepada pelanggan,” kata Han.

Pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia merangkumi:

  • Jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan dengan Program Servis Berjadual Percuma BMW
  • Jaminan selama 4 tahun tanpa had perbatuan dengan Program Servis Berjadual Percuma MINI
  • Program Jaminan Tayar selama 2 tahun/24 bulan BMW untuk Tayar Run Flat dan servisnya
  • Program Perlindungan Terbaik+ (Ultimate Protection Program+, UPP+) ehsan daripada BMW Credit Malaysia dan disokong oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd.
  • Bantuan Tepi Jalan BMW dan Hotline Kemalangan.
  • Program keahlian BMW WhiteCard, MINI BlackCard dan BMW Excellence Club.
  • BMW and MINI Service Online.

 

 

Previous post

Komersial Baru Audi Memperingati Pendaratan Bulan Masa Lalu Dan Masa Hadapan

Next post

Pusat 3S Volkswagen Seremban dibuka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *