Cerita Auto

Range Rover Velar disahkan tiba di Malaysia suku kedua 2018

Berita baik bagi peminat Land Rover! Model terbaru iaitu Range Rover Velar bakal menerjah pasaran Malaysia pada suku kedua tahun hadapan. Dinamakan sempena prototaip Range Rover yang dikeluarkan pada tahun 1969, Velar adalah SUV saiz pertengahan yang diposisikan antara Range Rover Evoque dan Range Rover Sport.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Di pasaran antarabangsa, Velar ditawarkan dengan enjin petrol dan diesel dengan jumlah kuasa berbeza. Pilihan enjin petrol merangkumi enjin 2.0-liter dengan 250 PS dan 300 PS, serta 3.0-liter dengan 380 PS. Enjin diesel pula boleh didapati dalam versi 2.0-liter yang menghasilkan 180 sehingga 240 PS, dan versi 3.0-liter yang menghasilkan 300 PS. Buat masa ini, Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) masih belum mengesahkan varian mana yang bakal dilancarkan bagi pasaran tempatan.

Velar menggunakan rangka ‘monocoque’ ringan dengan 81% kandungan aluminium yang digabungkan dengan suspensi jenis ‘double wishbone’ di hadapan dan ‘integral link’ di belakang. Selain untuk pengendalian yang lincah dan keselesaan, gabungan itu juga memberikan perlindungan kemalangan luar biasa yang mematuhi piawaian keselamatan yang ketat di seluruh dunia.

RR Velar Touch Pro Duo Infortainment System

Di dalam kabin, Velar menampilkan sistem infotainment Touch Pro Duo yang terdiri daripada dua skrin sentuh definisi tinggi bersaiz 10 inci sebagai ciri paling menarik. Model ini dipasang di kilang pengeluaran Jaguar Land Rover yang terletak di Solihull, United Kingdom.

Butiran lengkap Velar bagi pasaran Malaysia akan diumumkan pada suku kedua tahun ini. Ia kini dibuka untuk tempahan di bilik pameran Land Rover di seluruh negara. Pelanggan juga boleh mendaftarkan minat mereka dan menerima kemas kini di www.landrover.com.my/keep-me-informed.

rrvelar18mystaticfirstedition070817018

 

 

Previous post

Akademi SuperKIP Racing sertai Cub Prix musim 2018

Next post

Honda Insight Prototype bakal muncul di Detroit Auto Show 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *