Cerita Auto

Pusat 3S Volkswagen Seremban dibuka

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan HICOM Auto telah melancarkan pusat 3S Volkswagen Seremban. Ia merupakan satu-satunya pusat yang diiktirafkan oleh Volkswagen di Negeri Sembilan dan pusat 3S Volkswagen kedua oleh HICOM Auto selepas Volkswagen Semenyih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Memiliki keluasan lebih daripada 24,735 kaki persegi, bilik pameran Volkswagen Seremban mampu menempatkan sehingga lapan buah kenderaan dan sebuah ‘lounge’ demi memberi kemudahan kepada para pelanggan. Pusat servis ini mempunyai 13 ruang servis yang dikendalikan oleh 18 orang kakitangan selepas jualan berpengalaman dan berupaya menyelenggara sehingga 20 buah kenderaan sehari.

Pusat 3S ini terletak di kawasan industri Oakland yang strategik dan menjadi hab automotif di Seremban. Dengan pelaburan awal berjumlah RM1.5 juta daripada HICOM Auto untuk pembangunan, pembelian peralatan yang diluluskan oleh Volkswagen, latihan dan pemerolehan kakitangan, ia dapat memenuhi keperluan pelanggan di Seremban 2 serta Negeri Sembilan.

Volkswagen Seremban 3S Centre

Sebagai perkhidmatan nilai tambah, Volkswagen Seremban juga menyediakan perkhidmatan ‘Pengambilan & Penghantaran’ kenderaan kepada para pelanggan yang tinggal dalam lingkungan 5 km daripada pusat ini. Bagi memudahkan para pelanggan, penasihat jualan juga boleh menghantar kereta baharu ke rumah atau pejabat di atas permintaan.

Pusat ini dibuka dari Isnin hingga Sabtu mulai jam 8:30 pagi hingga 7:00 malam. Pada hari Ahad dan cuti umum, ia dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Perkhidmatan selepas jualan pula dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5:30 petang dan 8:30 pagi hingga 1:00petang pada hari Sabtu.

Previous post

Servis kereta jadi lebih mudah dengan perkhidmatan 'BMW and MINI Service Online'

Next post

Sudah 60 tahun motosikal Honda dijual di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *