Gaya Hidup

Program Ride Sharing Meningkatkan Pemilikan Kereta

Satu kajian baru-baru ini oleh IHS Markit meramalkan bahawa menjelang 2040 jualan kenderaan kepada pemilik persendirian akan jatuh hampir 20% setiap tahun di Amerika Syarikat, Eropah, China, dan India. Tetapi jarak perjalanan kenderaan setiap tahun di kawasan tersebut akan naik 65% hingga 11 bilion batu setahun dalam tempoh masa yang sama.

IHS Markit menambah bahawa ini adalah disebabkan oleh jangkaan pembelian lebih daripada 10 juta kenderaan di Amerika Syarikat, Eropah, China, dan India dalam tempoh dua dekad yang akan datang apabila syarikat-syarikat menjauhkan diri dari pemandu manusia. Kontrak ini dengan 300,000 kenderaan ride sharing dijangka dibeli pada tahun 2017.

Perjanjian Uber-Volvo baru-baru ini menandakan peralihan besar dalam industri auto dari pembelian kereta individu oleh pengguna kepada pembelian armada besar oleh perkhidmatan ride sharing seperti Uber dan Lyft, kata IHS Markit.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini bererti syarikat-syarikat kereta akan menjadi pembekal untuk perkhidmatan ride sharing, dan beraleh dari menjadi jenama pengguna ke produk komoditi. Dan sesetengah syarikat kereta seperti yang kita tahu mungkin tidak akan wujud lagi.

 

Previous post

Bagaimana Mercedes PLUG-IN HYBRID Menjimatkan Bahan Api

Next post

Renault Mempunyai Enjin Petrol 1.3 Liter Turbocharged Baharu Untuk MPV Mereka

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *