Cerita Auto

Porsche Macan nampak hebat dengan ‘livery’ perlumbaan klasik

Porsche mempunyai sejarah yang panjang dalam sukan permotoran dan sudah tentu, ada di antara jentera lumbanya boleh dianggap ikonik dan tidak akan pudar ditelan zaman.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi memberi penghormatan kepada jentera-jentera tersebut, Porsche baru-baru ini telah mendedahkan lima unit Macan dengan ‘livery’ perlumbaan klasik yang pernah digunakan oleh jenama itu sepanjang bertanding dalam kejohanan Le Mans.

Martini Racing

Porsche-Macan-8Porsche-Macan-9

Rata-rata peminat sukan permotoran pastinya mengenali gabungan warna biru, merah dan kelabu ini. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1970 di litar Hockenheim, Jerman oleh jentera Porsche 917.

Rothmans Design

Porsche-Macan-4Porsche-Macan-5

Tema warna ini dipakai oleh jentera Porsche 956 di perlumbaan Le Mans 1982, di mana ia mencapai kemenangan satu-dua-tiga. Bukan itu sahaja, jenntera itu juga memecah rekod Nurburgring dengan catatan 6:11.13 minit.

Pink Pig

Porsche-Macan-10Porsche-Macan-11

‘Livery’ unik ini pernah dipakai oleh jentera eksperimental Porsche 917/20 dalam perlumbaan Le Mans pada tahun 1971. Warna merah jambu dan label seperti potongan daging menjadikannya ia sangat popular sehingga ke hari ini.

Salzburg Design

Porsche-Macan-6Porsche-Macan-7

Warna merah melambangkan jentera Porsche 917 KH yang membuat kemunculan sulung di arena perlumbaan pada 14 Jun 1970. Ia merupakan jentera pertama Porsche yang memenangi kejuaraan Le Mans.

Gulf Design

Porsche-Macan-2Porsche-Macan-3

‘Livery’ klasik yang digemari ramai ini dipopularkan oleh John Wyer yang berjaya memenangi kejuaraan Le Mans pada tahun 1970 dan 1971 dengan Porsche 917. Jentera itu juga pernah muncul dalam filem berjudul ‘Le Mans’ yang dibintangi oleh Steve McQueen.

 

 

Previous post

Nissan LEAF laku di Eropah

Next post

KTM X-Bow GT4 ditambah baik bagi musim 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *