Cerita Auto

Perodua Myvi terima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP

Perodua Myvi baharu yang dilancarkan pada bulan lalu secara rasminya telah diberi penarafan lima bintang dalam sistem penarafan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MIROS dan ASEAN NCAP atas kerjasama dan bimbingan mereka dalam membantu Perodua untuk menjadikan Myvi baharu sebuah kereta bertaraf 5-bintang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Diuji dan dinilai berdasarkan protokol 2017-2020 ASEAN NCAP, Myvi generasi ketiga mendapat 32.71 daripada 36 mata untuk perlindungan penumpang dewasa (AOP) dan 43.14 mata daripada 49 untuk perlindungan penumpang kanak-kanak (COP).

Penarafan lima bintang itu diberikan kepada kesemua varian Myvi, yang didatangkan standard dengan empat beg udara, ABS dengan ABD, VSC, Traction Control, Emergency Stop Signal, ISOFIX, sensor undur dan

Sementara itu, varian 1.5 dilengkapi dengan enam beg udara manakala varian 1.5 Advance muncul sebagai model Perodua pertama dengan sistem keselamatan aktif yang merangkumi ciri Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Previous post

Mercedes-Benz Kongsi Keindahan Pengeluaran Massa

Next post

Beberapa Pekerja Audi Gunakan Exoskeleton Di Tempat Kerja Untuk Mencegah Sakit Belakang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *