Berita Auto

Mengapa pengedar melabur jutaan ringgit untuk Proton?

Pengedar-pengedar Proton melaburkan jutaan ringgit meskipun jenama tersebut berhadapan dengan sentimen yang mencabar di pasaran.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dato’ Shamshudin Nor, seorang pengedar kereta yang telah lama mengendalikan Kumpulan Syarikat Pantai Bharu memberikan maklum balas selepas mengikuti lawatan para pengedar Proton ke Shanghai, China baru-baru ini. Pantai Bharu merupakan pengedar bagi kereta-kereta Perodua, Kia dan juga Proton.

“Kami sebenarnya telah mula membina bangunan mandiri sebagai bilik pameran kereta. Ia merupakan pelaburan sebanyak RM4 juta dan terus terang saya katakan, kami sebelum ini, belum menentukan jenama mana yang akan menggunakan kemudahan baharu tersebut,” jelas Dato’ Shamshudin.

Dato’ Shamshudin berkongsi pengalamannya baru-baru ini ke China di mana beliau telah dibawa oleh Proton untuk melawat bilik pameran Geely dan lawatan itu telah memberinya perspektif baharu kepada usahasama Proton-Geely.

Susan Leong

“Apabila saya memandu uji kereta Geely Boyue di sana, saya dapati kereta tersebut sangat baik. Melihatkan kepada kualiti pembinaan dan tahap keselesaannya, saya percaya saya telah menemui faktor yang bakal memacu Proton kembali ke zaman kegemilangannya,” katanya tersenyum.

Dato’ Shamshudin berkata beliau begitu kagum dengan kualiti binaan Geely di mana beliau menjelaskan, “ianya lebih baik daripada jenama-jenama teguh yang biasa didapati di Malaysia”.

Selepas lawatan ke Shanghai, Pantai Bharu telah memutuskan agar bilik pameran baharu bernilai RM4 juta tersebut menjadi rumah baharu bagi pengedaran Proton.

Susan Leong dari Hoi Keen Service turut berkongsi pandangannya mengenai Proton dan Geely; serta bersetuju dengan Dato’ Shamshudin bahawa lawatan ke China itu telah menguatkan keyakinan beliau terhadap jenama Proton.

Hoi Keen Service Centre

Hoi Keen bukanlah nama yang asing bagi warga Kuantan dan syarikatnya telah berkecimpung di dalam industri membaiki dan mengecat sejak bertahun lamanya.

“Saya melihat kereta EV Geely dan saya sangat kagum dengan teknologinya. Hakikat bahawa ia digunakan oleh syarikat perkhidmatan perkongsian kereta iaitu CaoCao, menunjukkan bagaimana EV Geely dan teknologinya boleh dipercayai,” kata Leong.

Kini, Hoi Keen mengendalikan pusat perkhidmatan Proton serta pusat membaiki dan mengecat tetapi telah diberi lesen untuk mengendalikan pusat 4S Proton sejak dua tahun lalu. Hoi Keen kini sedang merancang sebuah pusat Proton 4S terbesar di Pahang.

Terletak di Indera Mahkota 3, jumlah kos pelaburan (termasuk plot tanah) melibatkan kos berjumlah RM16 juta.

Group photo at Geely

Pelaburan besar seperti itu adalah luar biasa di kalangan pengedar kereta di Malaysia tetapi membuktikan betapa yakinnya Hoi Keen terhadap jenama tempatan ini.

“Ketika saya berada di Shanghai dan melawat pusat pengedar 4S dari Geely, saya dapat melihat apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan. Ini adalah satu-satunya cara untuk terus maju, dengan memperluaskan perniagaan kepada sekurang-kurangnya sebuah pusat 3S atau 4S kerana perkhidmatan kepada pelanggan tidak harus berhenti hanya setakat jualan sahaja.

Nilai tambahan bagi pelanggan semestinya setelah mereka membeli kereta dan saya faham mengapa pengurusan Proton mendesak pengedarnya untuk memperluaskan cawangan mereka ke 3S atau 4S. Pengalaman pemilikan yang cemerlang harus menjadi satu langkah yang positif untuk terus maju demi memulihkan jenama Proton,” ujar Leong.

Previous post

BMW E34 Yang Cantik Dan Lawa

Next post

Sebab Kenapa Kami Tambah Strut Bar Pada Mazda MX5 1991 Kami

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *