Cerita Auto

Honda Malaysia panggil balik 49,116 unit Accord dan Odyssey

Honda Malaysian hari ini mengumumkan panggilan balik berikutan kegagalan sensor bateri dan komponen cermin pintu yang rosak. Model yang terjejas kali ini adalah Odyssey dan Accord.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Isu kegagalan sensor bateri adalah disebabkan oleh pembentukan yang tidak tepat pada papan litar bercetak (PCB) dalam sensor bateri. Ini mungkin menyebabkan lintar pintass pada sensor elektrik, dan kemungkinan asap yang datang dari hud atau, paling teruk, api. 20,233 unit Accord (model tahun 2013 – 2016) terlibat dalam isu ini.

Komponen cermin pintu yang rosak pula disebabkan oleh masalah pada suis yang boleh menyebabkan cermin pintu terlipat semasa memandu atau meletak kenderaan. Masalah ini melibatkan 27,912 unit Accord (2013-2016) dan 971 unit Odyssey (2014-2017).

Honda-Odyssey-18

Setakat ini, stok alat ganti bagi kedua-dua komponen berada pada tahap 50%. Pelanggan yang terlibat dinasihatkan untuk membuat temu janji di mana-mana 91 pengedar sah Honda untuk proses penggantian. Pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat yang merangkumi butiran panggilan balik.

Selain itu, pemilik Accord dan Odyssey juga boleh memeriksa status kenderaan mereka di laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau di talian bebas tol 1-800-88-2020.

Previous post

Nio Lancar SUV Elektrik 7 Tempat Duduk Untuk Hanya USD67,000

Next post

MINI Dapat Gearshift Laju Untuk Meningkatkan Keseronokan Memandu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *